Ramai Penumpang ‘Tersekat’ Di Stesen Dato’ Keramat, Rupanya Ada Lelaki Terjatuh Di Landasan

2 Dec 2023 • 8:41 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Tanda tanya penumpang Sistem Aliran Ringan (LRT) yang ‘tersekat’ di Stesen Dato’ Keramat pada Jumaat akhirnya terjawab apabila seorang lelaki berusia 27 tahun maut dengan kedua belah kaki digilis tren selepas terjatuh ke atas landasan.
 
Memetik Bernama, Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Mohd Fabell Md Yasin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 9.05 malam, dan terpaksa mendapatkan bantuan juruteknik LRT untuk menggerakkan tren kebahagian belakang bagi mengeluarkan mayat lelaki itu.
 
“Lelaki itu digilis di bahagian kedua-dua belah kaki dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak petugas kesihatan,” katanya.
 
Sementara Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan berkata, susulan kejadian itu, jadual perjalanan LRT Laluan Kelana Jaya terjejas, menyebabkan waktu menunggu yang lebih lama.







image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved