Ramai Puas Hati Lihat Cara Lelaki Ini ‘Ajar’ Pemandu Potong Q [Video]

LocalCars
29 Jul 2025 • 12:55 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pelbagai ragam pemandu dapat dilihat di atas jalan raya, ada yang mematuhi undang-undang dan ada pula yang sebaliknya.

Antara sikap buruk segelintir pemandu yang sering ditemui adalah seperti tidak memberikan isyarat, menukar lorong secara tiba-tiba dan paling banyak adalah memotong barisan.

Walaupun pelbagai kempen telah dilakukan untuk memberi kesedaran mengenai kesalahan terbabit, tetapi masih ada segelintir yang dilihat degil serta mementingkan diri. Kadang golongan sebegini perlu diajar oleh pemandu lain.

Tular lelaki halang pemandu cuba potong Q

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki yang sedang memandu sebuah kereta bertindak menyekat pemandu-pemandu dari laluan bertentangan yang memotong barisan kerana menghalang laluannya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @nares2222, kelihatan susur masuk dari jalan terbabit sesak dipenuhi deretan kereta.

Bagaimanapun, terdapat beberapa kereta yang cuba memotong barisan dengan memasuki laluan bertentangan yang sepatutnya dilalui oleh kenderaan dari susur keluar.

Sekat kereta hingga paksa mereka masuk semula ke dalam barisan

Susulan itu, lelaki terbabit bertindak dengan menyekat kenderaan-kenderaan yang berada di lorongnya untuk bergerak ke hadapan.

Dalam video sama, kelihatan pemandu-pemandu yang memotong Q itu terpaksa masuk semula ke dalam barisan di lorong sebenar mereka.

“Suka sangat potong Q, jadi kita ajar sikit,” ringkas tulis lelaki itu di ruangan kapsyen.

@nares2222

Suka sangat potong Q, jadi kita ajar sikit 😂😂🤪

♬ Jet2 Advert – ✈️A7-BBH | MAN 🇬🇧

Netizen puas hati lihat lelaki ini ajar pemandu jenis suka potong Q

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berpuas hati dengan cara lelaki itu ‘mengajar’ para pemandu yang tidak mempunyai kesabaran dan suka memotong barisan.

Tidak hanya itu, kebanyakan netizen juga mahu pihak berkuasa terus mempergiatkan operasi bagi membanteras pemandu-pemandu sebegini.

Tidak dinafikan, sikap pemandu yang suka memotong barisan juga menjadi punca jalan raya semakin sesak.

Potong Q satu kesalahan dan boleh didenda

Sekadar info, memotong barisan khususnya ketika waktu puncak merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987)? Jika disabitkan kesalahan, pemandu boleh dikenakan saman berjumlah RM300.

Individu juga boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 166/59 (kaedah 6) dengan denda maksimum RM300 jika melakukan perkara yang sama.

Berikut komen yang diberikan netizen:

image is not available

image is not available

image is not available