Ramai Puji Suami Isteri Rai Hari Jadi Anak Dengan Beri Aiskrim Percuma Kepada Orang Ramai [Video]

8 Aug 2025 • 10:31 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hari lahir merupakan hari istimewa dalam setiap kehidupan individu. Ia menandakan bertambah lagi usia seseorang itu.

Buat ahli keluarga atau rakan terdekat, hari sebegini juga menjadi hari yang dinantikan bagi meraikan yang tersayang.

Buat kanak-kanak, kebiasaannya ibu bapa pada masa kini akan meraikan hari istimewa itu dengan menganjurkan majlis atau menyambutnya di taska bersama rakan-rakan anak yang lain.

Rai Hari Jadi Anak Dengan Beri Aiskrim Malaysia Kepada Orang Ramai

Namun, lain pula dengan pasangan suami isteri ini yang meraikan hari istimewa anak sulung mereka dengan cara tersendiri.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @3llyss4_, pengguna yang dikenali sebagai Ellysa itu berkongsi momen meraikan ulang tahun kelahiran anaknya yang ketiga tahun, Luth Mateen.

Apa yang menjadi perhatian adalah dia dan suaminya meraikan hari istimewa itu dengan cara memberi aiskrim Malaysia secara percuma kepada orang ramai di sebuah taman yang terletak di Iskandar Puteri, Johor.

Orang Ramai Hanya Perlu Sebut ‘Kod Rahsia’ Untuk Claim Aiskrim Free

Menariknya ia umpama satu peraduan apabila orang ramai boleh mendapat aiskrim tersebut hanya dengan menyebut kod rahsia iaitu ‘Happy Birthday’.

“Hi saya Mateen. Hari ini saya berusia 3 tahun. Tebus aiskrim percuma dengan kod ‘Happy Birthday’,” tulis pasangan suami isteri itu pada sebuah papan tanda kecil berwarna putih.

Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat ramai orang tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan aiskrim secara percuma.

Malah, masing-masing mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada kanak-kanak itu.

Bukan itu sahaja, ada sekumpulan individu yang turut menyanyikan lagu hari jadi istimewa untuk si comel berkenaan.

Dek kerana inisiatif itu juga, ada yang memuji Elyssa dan suaminya kerana menyambut hari lahir anak mereka dengan cara tersendiri.

“You guys are great parents,” kata salah seorang individu dalam video tersebut.

Rai Hari Jadi Dengan Cara Sebegitu Kerana Mahu Anak Tahu Tentang Erti Kebahagiaan Sebenar

Kongsi Elyssa, dia memilih untuk meraikan hari jadi anak lelakinya dengan cara sebegitu bagi mengajar anaknya erti kebahagiaan sebenar.

“Tahun ini kita buat special sikit. Kongsi dengan semua orang hadiah kecil. Untuk ajar awak yang kebahagiaan tidak perlu barang mahal. Tak perlu sambutan besar-besaran. Cukup berkongsi dengan penuh ikhlas,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Malah, Elyssa turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang memberi ucapan dan doa bua anaknya.

“Terima kasih dari hati yang paling dalam kepada semua yang sudi menerima hadiah kecil dari kami serta memberi ucapan dan doa yang baik buat anak kami. You made our child feel seen and so, so loved,” tulisnya lagi.

@3llyss4_ 3 awesome years with you, and still counting. This year kita buat special sikit, share dgn semua org little gift. To teach u that happiness tak perlu barang mahal. Tak perlu sambutan besar besaran. Cukup berkongsi dgn penuh rasa ikhlas. If we could give you the whole world, we would, sayang 🤍 Terima kasih dari hati yang paling dalam kepada semua yang sudi menerima hadiah kecil dari kami, serta memberi ucapan dan doa yang baik buat anak kami. You made our child feel seen and so, so loved 🥹🤍 #Mateenturns3 #birthday #fyp ♬ original sound – 3llyss4_

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Kagum & Puji Cara Ibu Bapa Sambut Hari Jadi Anak Dengan Bersedekah

Video yang telah mendapat lebih 279,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memuji dan meluahkan rasa kagum dengan cara pasangan suami isteri itu meraikan hari istimewa anak mereka.

Ini kerana ramai yang berpendapat cara sebegitu unik dan dilihat sebagai cara mengajar dan melatih anak menjadi seorang yang pemurah.

Malah, ada juga yang menyuarakan hasrat mahu meraikan hari istimewa anak mereka dengan cara sedemikian.

Bukan itu sahaja, masih ada lagi pengguna media sosial yang mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada kanak-kanak itu.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Saya & Suami Ada Dekat Situ, Kitaorang Kagum Sangat Dengan Cara Parents Ini Celebrate Hari Jadi Anak Dia”

image is not available

“Happy Birthday Mateen, Semoga Yang Baik-Baik Mendatang Buat Kamu Anak”

image is not available

“Bagusnya Idea Ni, Daripada Tunggu Hadiah, Ajar Jadi Pemurah Di Hari Istimewa Dia, Good Job Guys”

image is not available

“Good Idea, Boleh Tiru Untuk Birthday Anak Saya Nanti”

image is not available

“Happy Birthday Mateen! Minta Izin, Saya Nak Tiru Juga Buat Macam Ini Untuk Birthday Anak”

image is not available

Source: