Ramai Puji Telatah Comel Anak Bongsu Haha Running Man Dalam Rancangan ‘Haha Bus’

Entertainment
26 Mar 2023 • 2:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Peminat setia rancangan popular Korea Selatan, Running Man sudah tentu tahu bahawa salah seorang daripada ahli Running Man iaitu Haha mempunyai tiga orang anak hasil dengan perkahwinannya dengan isteri, Byul.

Baru-baru, anak bongsu Haha dan Byul telah menjadi perhatian peminat dan netizen di TikTok kerana telatahnya yang comel dalam rancangan terbaru yang menampilkan mereka sekeluarga.

image is not available

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Songyi itu telah tampil dalam rancangan ‘Haha Bus’ bukan sahaja bersama ibu ayahnya, malah juga dengan abang-abangnya iaitu Dream dan Soul.

Mereka sekeluarga tampil dalam rancangan ‘Haha Bus’ iaitu rancangan di mana mereka akan menaiki bas comel untuk melancong di sekitar tempat-tempat menarik di Korea.

image is not available

Difahamkan, rancangan jalan-jalan makan angin itu telah dibuat khas untuk Songyi kerana dia baru sahaja sembuh daripada penyakit jarang jumpa (rare disease) baru-baru ini, lapor Allkpop.

Telatahnya yang comel dan wajahnya yang sangat mirip dengan ibu bapanya itu telah menjadi bualan peminat di TikTok.

@dancingkites

she’s so cute Haha’s new variety show with his family “Haha Bus” coming on April 4th! #hadonghoon #haharunningman #byul #runningman #hahabus

♬ Cupid – FIFTY FIFTY

image is not available

image is not available

Rancangan ini akan mula ditayangkan pada 4 April depan di ENA, AXN dan K-Star.

Tak sabarnya nak tengok! Sebelum tu, tonton dulu teaser untuk rancangan ini di YouTube.

Sumber: Allkpop

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.