Running Man Sedia Untuk Ditamatkan, Yoo Jae-suk Sedia Dengan Sebarang Kemungkinan

Entertainment
12 Mar 2023 • 11:49 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa sahaja yang tidak mengenali rancangan realiti Korea Selatan, Running Man. Rancangan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan masih kekal sehingga ke hari ini kerana kelainan yang ditampilkan berbanding dengan program televisyen yang lain.

Rating semakin jatuh

Selain daripada ahli tetap mereka yang popular dan lucu seperti Yoo Jae-suk dan Kim Jong-kook, Running Man turut menjemput selebriti ternama sebagai tetamu mereka pada setiap episod. Antara nama besar yang pernah muncul dalam rancangan ini ialah Jackie Chan, Ryan Reynolds, Big Bang dan BTS.

image is not available

Bagaimanapun selepas 13 tahun bersiaran, rating dan sambutan orang ramai terhadap rancangan ini dilihat semakin menurun. Ditambah pula dengan kehilangan tonggak kuat mereka, Lee Kwang-soo yang mengundurkan diri, rancangan ini dilihat seperti kehilangan’sengat’ mereka.

Malah, faktor kesihatan dan usia ahli-ahli Running Man yang semakin meningkat juga membuatkan penerbit mengubah permainan mereka kepada yang kurang lasak dan lebih selamat. Situasi ini membuatkan ramai yang mempertikaikan rancangan Running Man tidak sama seperti dahulu.

Perlu bersedia untuk bubar

Baru-baru ini, dua ahli Running Man, Yoo Jae-suk dan Ji Suk-jin ada membuat perbincangan berkenaan rancangan realiti tersebut. Perbualan tersebut ditayangkan menerusi episod khas ‘Ji Sukjin’s World’ di laman Youtubenya.

image is not available

Dalam perbualan tersebut, mereka berdua berborak panjang berkenaan masa depan Running Man. Di awal video, Suk-jin dan Jae-suk menyatakan mereka berpuas hati dengan prestasi Running Man pada awal tahun 2023.

“Kami bekerjasama untuk melakukan yang terbaik. Saya pernah berkata bahawa kita perlu mengambil risiko. Jika ia mendapat respon positif maka baiklah, tapi jika tidak pun tak apa,” kata Jae Suk.

image is not available

Di akhir ayat, Jae-suk menyatakan semua ahli Running Man perlu bersedia dengan pembubaran rancangan ini jika rating mereka semakin menurun dan tidak diterima orang ramai lagi.

Suk-jin bersetuju dengan kenyataan itu dan berpendapat mereka perlu terus berusaha dan mengambil risiko untuk memastikan Running Man terus berjaya.

Kredit: Kimchi Daily

image is not available

Sumber: VOI

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.