
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Menjadi ibu bapa bukanlah satu perkara yang mudah. Ini kerana tugas mendidik anak amatlah mencabar.
Jika tidak kena gaya, ia boleh mengguris dan menganggu kesihatan mental anak itu sendiri.
Oleh sebab itu, ibu bapa khususnya yang mempunyai lebih dari seorang anak disarankan untuk berlaku adil dan mendidik dengan cara yang sesuai bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.
Namun kalau sudah namanya manusia, kadangkala ada ibu bapa tersilap menilai situasi hingga berlakunya salah faham terhadap anak sendiri.
Kanak-Kanak Lelaki Disangka Jadi Punca Bayi Jatuh Terkeluar Kereta
Itulah yang dialami oleh seorang kanak-kanak lelaki apabila dia dimarahi oleh bapanya kerana disangka menjadi punca seorang bayi dipercayai adiknya terjatuh keluar daripada kereta.
Menerusi video tular yang dikongsikan semula di Instagram @updateinfo11, pada mulanya seorang wanita yang dipercayai ibu bayi berkenaan telah meletakkan bayi tersebut pada tempat duduk belakang sebuah kereta Perodua Alza.
Dia kemudiannya dilihat terus menuju ke tandas manakala pada ketika itu datang seorang kanak-kanak lelaki menghampiri kereta tersebut.
Kanak-kanak itu dilihat terus membuka pintu belakang bahagian kereta terbabit dipercayai mahu masuk ke dalam kenderaan berkenaan.
Namun siapa sangka, tindakannya itu menyebabkan bayi yang diletakkan tadi terjatuh keluar daripada kereta berkenaan hingga ahli keluarga lain panik dan terus berlari mendapatkan bayi tersebut.
Lelaki Dipercayai Bapa Kanak-Kanak Terus Pukul, Siap Tarik Telinga
Apa yang menjadi perhatian, seorang lelaki yang dipercayai bapa kanak-kanak berkenaan telah bertindak melulu dengan terus memukul si kecil itu.
Malah, telinga kanak-kanak itu juga ditarik berulang kali kononnya sebagai hukuman atas tindakannya ‘menjatuhkan’ bayi berkenaan.
Manakala bayi itu pula dilihat terus diambil dan didukung oleh seorang wanita lain. Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah stesen minyak yang tidak diketahui lokasinya.
Ramai Geram Lihat Si Bapa Bertindak Melulu, Ada Juga Yang Simpati Dengan Si Kecil
Perkongsian yang telah mendapat lebih 16,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang geram dengan tindakan si bapa terus menghukum anak dengan cara memukul tanpa usul periksa.
Tidak kurang ada juga yang meluahkan rasa simpati dan kasihan melihat si kecil yang tidak bersalah itu dihukum sedemikian.
Pada masa yang sama, ada juga yang mengecam tindakan ibu bapa bayi terbabit yang dilihat cuai dalam memastikan keselamatan anak mereka.
Ini antara komen menarik pengguna Instagram:
“Please La Parents, Jangan Cepat Menghukum, Kesian Si Abang”

“Buat Pengajaran Ibu Bapa Lain Juga, Jangan Terus Menghukum, Kesian Si Anak”

“Tak De Baby Seat Ke? Mana Boleh Letak Bagi Dia Duduk Biasa, Mestilah Jatuh”

“Kesiannya, Bukan Salah Si Abang, Yang Salah Mak Bapa Dia La”

“Dah Tahu Baby, Kenapa Letak Tepi Pintu? Abangnya Itu Pun Tak Tahu Kedudukan Adiknya”

Baca Artikel Berkaitan: Pendarahan & Kepala Retak, Doktor Terkedu Tengok CT Scan Bayi Jatuh Tangga Pakai Walker
Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Individu Letak Bayi Dalam Bonet Kereta Undang Kritikan Ramai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Bayi Baru Lahir Maut Terjatuh Dalam Mangkuk Tandas Selepas Ibu Bersalin Tanpa Sengaja
Source:



![Ramai Tersentuh Reaksi Anak Tak Kisah Kereta Calar Asalkan Bapa Selamat Ketika Kemalangan Kecil Berlaku [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)