
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Ibu bapa merupakan insan yang istimewa kepada setiap individu bergelar anak. Ini kerana, mereka sentiasa berusaha keras dan berkorban dalam banyak perkara.
Malah ada yang sanggup melakukan apa sahaja perkara asalkan anak-anak dapat hidup dengan selesa. Pengorbanan mereka ini membuatkan ramai anak sentiasa ingin membalas jasa mereka.
Sebagai contoh ada yang memberikan pelbagai kemudahan untuk digunakan ibu bapa mereka seperti kereta bagi memudahkan mereka bergerak ke mana-mana destinasi.
Bapa mohon maaf kerena tercalarkan kereta anak
Baru-baru ini, tular satu video perbualan seorang bapa yang memohon maaf kepada anaknya atas insiden yang berlaku sehingga meraih perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan Dendidas di TikTok, awalnya dalam perbualan berkenaan kelihatan bapa lelaki itu memohon maaf kepada anaknya kerana berlaku kemalangan kecil ketika membawa kereta si anak.
Namun si anak tidak bertanya mengenai keretanya sebaliknya menyoal bagaimanakah keadaan si ayah selepas insiden itu berlaku.
Ada kesan calar pada kereta
Si ayah kemudian menjawab dia berada dalam keadaan baik dan menjelaskan terdapat kesan calar ada kenderaan lelaki tersebut.
“Kalau abah okay, Alhamdulillah. Kereta tu memang untuk dipakai-pakai je. Calar tu ada rezeki buat balik jelah,” respon lelaki itu
Si ayah kemudian mengatakan kereta tersebut perlu dicat semula untuk menghilangkan kesan calar terbabit.
“Bukan dalam masa terdekatlah, biar jelah dulu. Ada benda yang lagi penting dari calar tu kan,” kata Dendidas.
Selagi abah okay . Semuanya okay 🤲🏻😂 Misi mencari sponsor cat kereta😂😂 . . . . #dendidas #fyp #familygoals
Ramai terharu dan puji respon anak tak kisah kereta calar yang penting abah okay
Melihat di ruangan komen, ramai yang terharu dan memuji respon si anak kerana lebih mementingkan keselamatan bapa berbanding keretanya sendiri.
Ada juga menyifatkan mereka berasa sebak apabila mendengar ibu bapa memohon maaf kepada anak.
Tidak kurang ada yang berpendapat lelaki itu patut dijadikan contoh kerana mengutamakan ibu bapa daripada kereta.
“Aku tak boleh betul kalau orang tua minta maaf, tak sampai hati. Tak apalah kereta tu ya, janji abah okay”

“Ayah minta maaf tu, mahal”

“Semoga terus jadi anak yang baik untuk abah”

“Apalah sangatkan calar tu nak dibandingkan dengan pengorbanan dia. Tapi itu lah, aku selalu calarkan kereta bapak aku.”




