“Ramai Sokong Bella, Korang Dapat Duit Ke?” – Ibu Aliff Aziz Terhibur Dengan ‘Effort’ Sesetengah Pihak Untuk Sebar Fitnah Tentangnya

LocalEntertainment
19 Aug 2024 • 4:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Ibu kepada Aliff Aziz, Siti Hafiza sekali lagi bersuara tentang pihak-pihak yang sering mengeluarkan kenyataan dan berita fitnah tentangnya dan keluarga.

Menerusi Instagram story, Hafiza memuat naik tangkap layar gambar yang memaparkan berita yang katanya adalah fitnah semata-mata.

Ramai yang sokong Bella. korang dapat duit ke dari Bella tu? Ingat Bella cantik sangat ke? Korang sokong betul’ – Siti Hafiza Aziz, tulis berita tersebut.

image is not available

Tidak berdiam diri, Hafiza sekali lagi tampil mempertahankan dirinya dan berkata dia yakin tidak semua orang akan percaya dengan kenyataan fitnah itu.

Alhamdulillah, teruskanlah dengan fitnah-fitnah selagi anda boleh dan mampu. Kami sudah lama ‘move on with our lives’ dan lebih mengutamakan kehidupan kami dari mengambil tahu tentang orang lain. Insya-Allah, Allah akan uruskan selebihnya. Amin.

image is not available

image is not available

Hafiza turut akui berasa syukur kerana mendapat pahala daripada mereka yang gigih menyebarkan fitnah dan menceritakan perkara tidak benar tentangnya dan keluarga.

Sebelum ini, Hafiza pernah bersuara untuk mengambil tindakan undang-undang jika ada pihak yang keterlaluan namun masih terdapat segelintir pengguna media sosial yang menabur fitnah terhadapnya.

image is not available 4 days ago

"Ini Semua Fitnah Dajjal" - Ibu Aliff Aziz Berang Dituduh Nak 'Rampas' Seorang Daripada Cucu