Lagi Sekali Difitnah, Ibu Aliff Aziz Mahu Utamakan Kehidupan Tanpa Fikir Orang Lain - “Saya Sangat Terhibur Dengan…”

19 Aug 2024 • 9:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Lagi sekali ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza berkongsi paparan skrin sebuah artikel yang menuduhnya menghina bekas menantu, penyanyi Bella Astillah.

Lebih utamakan kehidupan

Berbeza dengan sebelum ini, Siti Hafiza atau lebih dikenali sebagai Fiza kelihatan lebih tenang menjawab fitnah terhadapnya dengan mengatakan dia sekeluarga mahu mengutamakan kehidupan kini tanpa memikirkan orang lain.

 

“Alhamdulillah teruskan la dengan fitnah-fitnah selagi anda boleh dan mampu. Bagi yang waras pemikiran sudah pasti dapat membezakan yang benar atau pun fitnah.

 

“Kami sudah lama move on dengan kehidupan kami dan lebih mengutamakan kehidupan kami dari mengambil tahu tentang orang lain. Insya-Allah akan uruskan selebihnya,” katanya menerusi Instastory.

 

 

Menerusi perkongsian itu, artikel tersebut menuduh Hafiza mempersoalkan kecantikan bekas isteri kepada anaknya itu.

 

Dalam perkongsian lain di Instagram pula, Hafiza memuat naik paparan skrin artikel yang mendakwa Bella menangis disebabkan dia mahu menuntut salah seorang cucunya.

Terhibur dengan fitnah

Bagaimanapun, Hafiza memberitahu dia sangat terhibur dengan kesungguhan pihak yang melemparkan fitnah yang dianggap lucu terhadapnya.

 

“MasyaAllah sekarang saya sangat terhibur dengan kesungguhan pihak-pihak dajjal tertentu yang gigih sangat-sangat mengeluarkan fitnah-fitnah yang melucukan.

 

“Astafirrulahhalazim, teruskanlah ya Alhamdulillah kami meraih manfaat pahala daripada anda, syukur,” ujar Hafiza lagi.

 

Terdahulu, Siti Hafiza meluahkan rasa berang apabila mengetahui terdapat akaun TikTok yang menyebarkan fitnah terhadapnya.

 

Menerusi Instastory, Siti Hafiza atau Fiza memaklumkan dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun yang menuduhnya mahu mengambil salah satu cucu daripada menantunya, Bella Astillah.