“Ramai tag saya…” – Kecoh Isu MDS UiTM, Ini Respon Pengerusi MARA

Entertainment
3 Oct 2024 • 11:05 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular di media sosial mengenai sebuah video prank seorang fasilitator wanita bertengkar dengan seorang fasilitator lelaki yang kemudiannya diakhiri sambutan hari jadi salah seorang rakan mereka.

Kejadian itu berlaku ketika program orientasi mahasiswa baharu yang dipercayai di salah sebuah cawangan universiti awam yang terletak di selatan tanah air.

Pun begitu, kejadian tersebut mendapat kritikan dan teguran daripada orang ramai yang menyifatkan ia tidak memberi manfaat kepada mahasiswa baharu kerana sepatutnya program tersebut diisi dengan maklumat dan pengenalan tentang universiti.

image is not available

Netizen tag pengerusi MARA

Bukan setakat itu, perkara ini juga telah disuarakan netizen kepada pihak atasan termasuklah Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki untuk melihat isu tersebut.

Bagaimanapun, Dr Asyraf Wajdi menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) bukan lagi di bawah kendalian MARA sejak ia diambil alih oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada tahun 1999.

“Ramai tag saya isu Minggu Suai Kenal Pelajar Baharu UiTM. Untuk pengetahuan UiTM bukan bawah MARA.

“Sejak 1999 diletakkan bawah KPT. Hanya dua universiti bawah MARA iaitu Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM),” katanya.

Namun, menurut Dr Asyraf Wajdi, beliau akan memaklumkan isu itu kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

image is not available

Sementara itu, Dr Asyraf Wajdi memberitahu sebanyak 344 institusi pendidikan yang dikenali dengan singkatan IPMA di bawah kendalian MARA.

Sumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.