Ramai Tak Puas Hati Babaknya Dalam ‘When Life Gives You Tangerines’ Pendek, Park Bogum Beri Respon

EntertainmentLifestyle
23 Mar 2025 • 11:41 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Park Bo-gum berkongsi reaksi terhadap drama “When Life Gives You Tangerines”.

Terbaru, dia telah muncul dalam saluran YouTube milik IU, “Mini Palette” bagi berkongsi lebih mengenai drama berkenaan dan mengakui menangis apabila melihat wataknya, Gwan-shik, dilakonkan oleh Park Hae-joon bagi versi tua.

IU pula menambah,

Kita belum dapat menonton semuanya. Kita harus berlakon sebagai Ae-soon dan Gwan-shik pada usia muda. Tetapi, versi Ae-soon dan Gwan-shik yang lebih tua sangat hebat. Mereka terus menunjukkan imbasan kembali versi kita dalam episod 13, dan saya rasa seolah-olah kita adalah orang yang sama.

image is not available

Mengenai reaksi dari orang sekeliling, Park Bo-gum berkata,

Mereka banyak mengucapkan tahniah dan berharap cerita tentang zaman saya dan Ae-soon dengan potongan rambut bob lebih banyak dipaparkan. Walaupun cerita terus beralih kepada kita menjadi ibu bapa selepas ini, ramai yang masih berminat melihat lebih banyak cerita dari masa muda kita. Saya juga memberitahu rakan-rakan saya supaya terus menonton hingga ke akhir.

IU bersetuju,

Betul. Kita masih muncul dalam flashback masa muda Ae-soon dan Gwan-shik. Cara penceritaan drama kita sangat unik, dimulakan dengan Ae-soon yang sudah tua dalam episod pertama. Saya harap penonton yang rasa berasa tidak puas akan terus bersama kita hingga ke akhir.

Nak tengok banyak bahagian Park Bo-gum lagi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.