Ramai Tak Sedar, "Air Filter" Kotor Punca Kereta Jadi Semput & Boros Minyak

LocalCars
10 Apr 2026 • 7:23 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ramai Tak Sedar, "Air Filter" Kotor Punca Kereta Jadi Semput & Boros Minyak

Ramai antara kita hanya ambil peduli tentang kereta bila sudah mula menunjukkan masalah.

Selagi masih boleh bergerak seperti biasa, perkara kecil sering dipandang remeh dan dibiarkan begitu sahaja.

Hakikatnya, penjagaan kereta bukan sekadar tentang servis besar atau tukar komponen mahal.

Banyak isu sebenarnya berpunca daripada perkara asas yang sering diabaikan tanpa disedari.

Apa yang nampak kecil hari ini, jika dibiarkan, boleh membawa kepada masalah yang lebih besar dan kos yang lebih tinggi di kemudian hari.

Sebab itu, penting untuk faham dan ambil tahu sebelum semuanya jadi terlambat.

Perkongsian seorang mekanik dari @Altimat Auto Garage di TikTok menjelaskan bahawa antara punca yang mungkin tidak disangka oleh ramai pemilik kereta ialah keadaan air filter yang semakin kotor.

Air Filter Selalu Dipandang Remeh, Tapi Ini Punca Enjin Semput & Minyak Kuat Makan

image is not available
Kredit: @Altimat Auto Garage via Tiktok

Air filter ni selalu orang anggap benda kecil je, tak penting dan tak perlu ambil tahu. Selagi kereta masih jalan, ramai pilih untuk abaikan.

image is not available
Kredit: @Altimat Auto Garage via Tiktok

Tapi hakikatnya, komponen kecil inilah yang boleh jadi punca kereta korang mula bermasalah contohnya enjin semput, minyak kuat makan, sampai tahap aircond tiba-tiba rasa macam nak mati.

Macam Mana Air Filter Jadi Punca?

image is not available
Kredit: @Altimat Auto Garage via Tiktok

Kalau korang biarkan air filter terlalu lama tanpa tukar, dia akan jadi kotor. Bukan sekadar kotoran biasa, tapi terlalu kotor.

Lagi-lagi kalau korang tinggal atau kerap memandu di kawasan perindustrian, banyak kilang atau kawasan berdebu.

Dalam keadaan ni, air filter memang cepat tercemar dengan kotoran dari luar.

Bila dah lama:

  • Habuk dan kotoran terkumpul

  • Air filter jadi tersumbat

  • Aliran udara ke enjin jadi tak lancar

Kotoran Boleh Sampai Ke Throttle Body

image is not available
Kredit: @Altimat Auto Garage via Tiktok

Masalah tak berhenti dekat situ. Kotoran daripada air filter boleh masuk ke bahagian throttle body.

Apabila dah sampai ke bahagian throttle body:

  • Kotoran akan melekat

  • Lama-lama jadi berkerak

  • Kerak ganggu aliran udara

Apabila aliran udara ke enjin tidak lancar, proses pembakaran juga menjadi tidak sempurna.

Inilah Punca Enjin Jadi Semput

Apabila sistem terganggu, beberapa simptom akan mula muncul seperti enjin terasa semput atau tidak stabil, kereta bergegar ketika dipandu, penggunaan minyak meningkat, serta aircond yang tiba-tiba menjadi lemah atau tidak berfungsi dengan baik.

Jika dibiarkan, masalah ini boleh menjadi lebih serius dan menjejaskan prestasi keseluruhan kenderaan.

Sampai Aircond Pun Terasa Kesan

image is not available
Kredit: @Altimat Auto Garage via Tiktok

Dalam keadaan yang lebih serius, bukan enjin sahaja akan terjejas, malah sistem aircond juga boleh turut merasai kesannya.

Aircond boleh menjadi kurang sejuk secara tiba-tiba, prestasi kereta menurun, dan terasa seperti “nak mati” ketika sedang dipandu. Semua ini sebenarnya boleh berpunca daripada air filter yang sering dianggap remeh.

Menurut @Altimat Auto Garage, air filter ini sebenarnya murah sahaja, sekitar RM10 hingga RM20.

Namun jika tidak dijaga, ia boleh menyebabkan throttle body perlu dicuci, enjin semakin terjejas, penggunaan minyak menjadi lebih tinggi dan kos pembaikan akhirnya meningkat dengan ketara.

Jangan Kedekut Tukar Bila Sampai Masa

Daripada membazir wang untuk kos pembaikan, lebih baik menukar air filter apabila sudah sampai tempohnya. Kereta digunakan setiap hari, jadi jangan berkira untuk perkara kecil tetapi penting seperti ini.

Jika sudah mula terasa enjin tidak sedap, semput, bergegar atau penggunaan minyak meningkat, itu merupakan tanda awal yang tidak boleh diabaikan.

Sebagai langkah selamat, bawa kereta anda ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut, khususnya bagi memastikan keadaan air filter berada dalam keadaan baik.

Baca juga: