‘Ramai tak tahu, saya pernah jumpa pakar psikiatri berseorangan’

Health & FitnessLifestyle
4 Aug 2026 • 11:32 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Ramai tak tahu, saya pernah jumpa pakar psikiatri berseorangan’

PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan pernah mendapatkan bantuan pakar psikiatri serta menjalani sesi kaunseling sekitar lapan tahun lalu ketika berdepan fasa paling sukar dalam hidupnya.

Bella atau nama lengkapnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 33, berkata, keputusan itu diambil demi menjaga kesihatan mental, namun dirahsiakan disebabkan bimbang berdepan stigma negatif masyarakat.

“Sebenarnya tak ramai orang tahu, saya pernah melalui hari yang sangat sukar dan saya memilih untuk jumpa pakar psikiatri.

“Saya pergi ke beberapa sesi kaunseling berseorangan, setiap sesi adalah sejam sehingga sejam setengah.

“Ketika itu saya tidak berkongsi dengan sesiapa mahupun di media sosial. Kadang-kadang orang akan cepat menghukum dan menilai. Saya tak mahu bila saya kongsi, nanti spekulasi bertambah,” katanya ketika diundang sebagai tetamu di sebuah majlis.

Pada masa sama, tunang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu berharap orang ramai agar jangan malu mendapatkan bantuan profesional andai berdepan masalah kesihatan mental.

“Tak semestinya bila jumpa pakar psikiatri, kita tidak waras. Sebenarnya kita sayang pada diri kita. Jangan cepat menilai dan jangan dapatkan bantuan di tempat yang salah.

“Bukanlah bergantung pada manusia, tetapi sebagai manusia kita perlu ikhtiar dan berusaha,” ujarnya.

Bella turut berharap masyarakat dapat mengubah persepsi terhadap rawatan untuk kesihatan mental daripada pakar yang hakikatnya merupakan langkah berani demi kesejahteraan diri.

Tambahnya lagi, tindakan sedemikian adalah sesuatu perlu, bukan perkara yang harus dipandang serong atau dipertikaikan.

Menerusi ruangan komen ramai netizen memuji perkongsiannya yang membuka mata ramai mengenai kesejahteraan kesihatan mental.

“Semoga Bella menjadi wanita inspirasi yang bangkit semula dengan semangat juang tinggi tanpa meratapi nasib diri untuk mencapai kesempurnaan kehidupan,” tulis netizen. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Ramai tak tahu, saya pernah jumpa pakar psikiatri berseorangan’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved