Ramai Tertanya-Tanya, Rupanya Ini Keadaan Dalam Tong Gas Memasak

Home & Living
22 May 2026 • 11:26 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Ramai Tertanya-Tanya, Rupanya Ini Keadaan Dalam Tong Gas Memasak

Ramai Tertanya-Tanya, Rupanya Ini Keadaan Dalam Tong Gas Memasak

Aktiviti memasak tentunya sudah menjadi rutin harian bagi kebanyakan orang, lebih-lebih lagi apabila di rumah.

Namun di sebalik setiap hidangan yang dimasak, ada beberapa perkara asas yang sering digunakan setiap hari. Salah satunya adalah tong gas.

Walaupun kini ada yang mula beralih ke dapur elektrik, tong gas tetap tiada tandingannya dan masih lagi banyak digunakan oleh isi rumah di negara ini.

Baca juga:

Bercakap mengenainya, pernah atau tidak anda terfikir apa yang ada di dalam tong gas yang digunakan di dapur kita? Macam keadaan di dalamnya?

Ini rupanya keadaan dalam tong gas

Justeri, kali ini SK akan berkongsi mengenai tong gas itu seperti yang telah dikongsikan oleh Pengarah Seksyen Kawalan Bekalan, Bahagian Penguat Kuasa KPDN, Shahrudin Hamzah atau lebih dikenali sebagai Pak Long Cakna.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, beliau menunjukkan dua tong gas memasak yang digunakan di negara ini iaitu jenis yang 14kg dan 50kg.

Image from: Ramai Tertanya-Tanya, Rupanya Ini Keadaan Dalam Tong Gas Memasak

"Gas ini dia tak boleh datang macam tu saja, dia kena ada silinder seperti ini untuk diisi.

"Jadi bila kita nak memasak, kita akan buka dia punya valve.

"Kandungan ini adalah campuran Propene dan Butane, yang dimampatkan dalam suhu yang tinggi. Dia akan jadi bentuk cecair. Sebab itu ia disebut sebagai gas cecair petroleum," ujarnya.

Menurutnya lagi, apabila valve dibuka untuk memasak, ia akan keluar dalam bentuk gas.