Ramai teruja Agong, Permaisuri tiba-tiba muncul di restoran, bawa anakanda, cucunda santap ayam goreng

29 Dec 2022 • 8:51 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

RAMAI yang teruja dengan kehadirannya di khalayak, sinonim dengan sifat sopan dalam menyantuni rakyat, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli berangkat secara mengejut mengunjungi restoran KFC Petronas Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur untuk menikmati santapan tengah hari di restoran tersebut.

Ibu bapa dan nenda yang penyayang, pasangan itu berangkat bersama paduka-paduka anakanda serta cucunda Seri Paduka Baginda berdua.

Menerusi laman sosial rasmi Istana Negara, dikongsikan foto kedua-duanya memesan santapan tengah hari di kaunter seperti rakyat biasa.

image is not available

Selepas memesan, keluarga diraja menikmati santapan ayam goreng di restoran berkenaan.

Malah Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menikmati santapan di restoran tersebut bersama pengunjung yang lain.

Selesai santapan, Seri Paduka Baginda berdua berkenan , meluangkan masa bertanya khabar dan beramah mesra dengan beberapa pengunjung restoran serta mengambil gambar bersama pengunjung.

image is not available

Turut berangkat putera dan puteri baginda, Tengku Panglima Raja Kol. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan isteri, Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Puteri Ilisha Ameera, Tengku Puteri Ilyana, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

image is not available

image is not available

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong tidak asing lagi dengan kemunculannya di tempat awam. Terdahulu kedua-duanya sering kali turun padang melawati pusat pemindahan sementara mangsa banjir dan mesra menyapa rakyat jelata.

image is not available

Warga maya rata-rata teruja melihat kedua-dua figura berpengaruh itu begitu merendah diri muncul di restoran makanan segera.

image is not available

– “Terima kasih Tuanku belanja KFC tadi. Semoga dimurahkan rezeki.”

– “KFC adalah makanan rakyat.”

– “Sangat merendah diri biarpun dari kerabat diraja, daulat tuanku.”

– “Seronok makan KFC dengan famili. KFC memang sinonim dengan gathering bersama keluarga. Harga pun berpatutan dan semua golongan boleh.”

– “Berpakaian nampak macam orang biasa, siapa tidak terkejut? Daulat Tuanku.”

– “Hebat Agong berjiwa rakyat. Semoga dianugerahkan kesihatan yang baik, umur panjang, diberkati dan dilindungi selalu.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan