Tak lama lagi, penonton akan dapat lihat gandingan Jung Hae-in dan Jung So-min dalam sebuah drama!
Baru-baru ini, Jung Hae-in dan Jung So-min dilihat sedang menjalani penggambaran untuk drama baru mereka akan datang berjudul “Golden Boy”.
Untuk pengetahuan, “Golden Boy” ialah drama komedi romantik tentang seorang wanita bernama Bae Seok-ryu, yang cuba memulakan semula hidupnya yang bermasalah dan anak lelaki rakan ibunya iaitu Choi Seung-hyo, yang dianggap sebagai babak gelap dalam hidup Bae Seok-ryu.
#JungHaeIn and #JungSoMin were spotted filming for their upcoming romcom drama #GoldenBoy pic.twitter.com/yzzgKZWfmA
— kdrama tweets (@iconickdramas) April 14, 2024
Selain itu, pelakon hebat yang lain akan turut membintangi drama ini adalah Kim Ji-eun, Yoon Ji-on, Park Ji-young, Jo Han-chul, Jang Young-nam, Lee Seung-jun, Kim Geum-soon, Han Ye-ju, Jeon Seok-ho, Lee Seung-hyub dan Shim So-young.
Sama-sama kita nantikan tayangan “Golden Boy”, dijangka bakal menemui penonton pada separuh kedua tahun ini!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Ramai Teruja, Jung Haein & Jung Somin Dilihat Jalani Penggambaran Drama Rom-Kom ‘Golden Boy’ first appeared on KimchiDaily.my.



