Ramai tiba-tiba ‘hilang’ WhatsApp

LocalTechnology
23 Jul 2026 • 5:34 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ramai tiba-tiba ‘hilang’ WhatsApp

PETALING JAYA – Ramai pengguna media sosial mendakwa akaun WhatsApp dan WhatsApp Business mereka disekat atau dihadkan secara tiba-tiba hari ini sehingga menjejaskan urusan harian serta operasi perniagaan.

Menerusi beberapa perkongsian di laman Threads, pengguna memuat naik tangkap layar memaparkan notifikasi seperti “This account can’t use WhatsApp”, “Your account is restricted right now” dan “Account in review” yang dipercayai diterima sejak pagi tadi.

Seorang pengguna, @The.cakery.co, berkata dia masih tidak mengetahui punca akaunnya disekat dan berharap dapat memperoleh semula akses ke akaun tersebut.

“Adakah sesiapa tahu kenapa perkara ini berlaku? Agak-agak boleh dapat semula akaun WhatsApp ini? Tolong bantu,” katanya.

Seorang lagi pengguna, @Nurisyaf, memaklumkan akaun WhatsApp Business miliknya dikenakan sekatan selama 24 jam sebelum terus tidak boleh digunakan.

“Semua pelanggan saya berhubung melalui WhatsApp. Jadi, bagaimana saya hendak uruskan perniagaan sekarang?” katanya.

Pengguna lain, @Naaasruuul, pula berkata akaunnya disekat selepas menghantar jemputan majlis perkahwinan kepada kenalan.

“Saya hanya menghantar jemputan kahwin, tetapi hari ini akaun terus disekat walaupun ramai yang membalas mesej saya,” katanya.

Dalam pada itu, pengguna dikenali sebagai @Norsima_sidek berkongsi pengalaman bahawa akaun boleh dipulihkan selepas membuat permohonan semakan, namun mengingatkan pengguna supaya tidak menggunakan aplikasi atau bot pihak ketiga.

“Biasanya selepas membuat permohonan semakan, akaun akan pulih dalam tempoh 24 jam. Jika menggunakan bot pihak ketiga, ia perlu dinyahaktifkan kerana sekatan boleh dikenakan semula dan tempohnya mungkin lebih lama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Ramai tiba-tiba ‘hilang’ WhatsApp appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved