
WhatsApp untuk iOS baru sahaja menambah fungsi baharu yang dipanggil Mic Mode Controls. Melalui fungsi ini, pengguna boleh menukar tetapan mikrofon terus dari skrin panggilan. Sebelum ini, pilihan seperti ini hanya boleh diakses melalui Control Center yang tidak disedari oleh ramai pengguna. Kini, dengan adanya pintasan baharu ini, pengguna boleh menukar mod mikrofon dengan lebih mudah tanpa perlu keluar daripada aplikasi WhatsApp.

Fungsi Mic Mode dalam WhatsApp untuk iOS ini menawarkan empat pilihan berbeza. Standard menggunakan audio biasa, Voice Isolation menekankan suara pengguna sambil mengurangkan bunyi bising di sekeliling, Wide Spectrum membolehkan semua bunyi persekitaran ditangkap seperti ketika berada di acara langsung manakala Automatic pula membenarkan iOS memilih mod terbaik mengikut keadaan panggilan.
Dalam tangkap layar yang dikongsi, fungsi ini muncul pada paparan skrin panggilan di bahagian bawah yang dilabel dengan nama Mic Mode bersebelahan dengan ikon mikrofon dan emoji

Perbezaannya dengan fungsi di Android ialah WhatsApp membina sendiri sistem pembatalan hingar dalam aplikasinya manakala untuk iOS WhatsApp hanya menyediakan pintasan kepada fungsi Apple yang sedia ada. Ciri ini sedang dilancarkan secara berperingkat, jadi pastikan aplikasi dikemas kini terlebih dahulu untuk mencubanya.



