Ramai Tunggu, Minah Saleh Kongsi Harga Barang Runcit Malaysia Di Ireland

11 Jul 2025 • 9:11 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ramai Tunggu, Minah Saleh Kongsi Harga Barang Runcit Malaysia Di Ireland

Tidak dinafikan, Malaysia mempunyai pelbagai keunikan tersendiri bermula dari kaum, keindahan alam, bahasa sehinggalah makanan.

Bila sebut tentang makanan, tentunya ramai sudah mengetahui bahawa Malaysia terkenal dengan lumrah ‘Syurga’ makanan. Jadi, tidak hairan sesetengah orang sanggup datang dari jauh untuk mencuba kembali makanan yang diminati bahkan rakyat dari luar negara.

Baru-baru ini, tular video sebuah keluarga mencuri perhatian ramai selepas membeli barangan runcit keluaran Malaysia di negara mereka.

Dalam perkongsian video pengguna TikTok @samantha.smith15, dia bersama suami telah pergi ke sebuah kedai untuk membeli pelbagai barangan yang popular di Malaysia.

Antara air tin, keropok Super Ring, buah laici tin, pes nasi goreng Adabi, gula-gula kopiko, satay segera, dan banyak lagi.

Wanita yang dikenali sebagai Samantha itu menjelaskan, kehadiran kedai (hibiscus store) ini mengubati sedikat sebanyak kerinduan terhadap barangan runcit Malaysia di Ireland.

@samantha.smith15

Malaysian grocery shopping in hibiscus store in Dublin Ireland. #malaysiatiktok #malaysianfood #malaysian

♬ original sound – Life with the Smith’s

Ramai Netizen Nak Tahu Harga Barang?

Dalam video berasingan, Samantha berkongsi senarai barangan runcit Malaysia yang dibeli berserta harga. Antaranya, minuman berkarbonat (Kickkapoo), susu pekat manis, biskut kacang, keropok Super Ring, perencah nasi goreng Adabi, serbuk asam dan banyak lagi.

Bagaimanapun, antara barang yang dinanti-nantikan oleh pengikutnya adalah keropok Super Ring yang digemari ramai termasuk anak lelakinya.

Kongsinya, keropok tersebut dibeli pada harga €1.5 (bersamaan RM7.47 sepeket) dimana harganya tiga kali ganda lebih mahal berbanding dijual di Malaysia.

“Ia mahal dalam Ringgit, tapi normal dalam Euro. Anak saya sangat sukakan Super Ring,” katanya.

@samantha.smith15

We bought Malaysian groceries at Hibiscus shop, Dublin Ireland Super Rings, Mamee Monster, laksa, lychees & more! But how much did it cost? #malaysianfood #malaysia #malaysiatiktok

♬ original sound – Life with the Smith’s

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen Malaysia terhibur melihat video berkenaan dan berseloroh mengenai barangan runcit itu di sana.

Malah sebahagian rakyat Malaysia turut mengajak Samantha untuk kembali ke Malaysia bersama keluarganya.

“Patutlah Super Ring dekat Malaysia selalu tiada, rupanya semuanya kat Ireland,” komens seorang pengguna.

“Masing-masing menantikan super ring reaction,” kata seorang lagi.

“Berapa harga kat sana? Sedap uiii super ring..tapi tak boleh makan selalu,” tulis seorang lagi.

“Cuba keropok Tam Tam pula,” komen seorang lagi.