Ramai Yang Risaukan Sky Dan Minta Jumpa Pakar Selepas Lihat Perkongsian Terbaru Ridzokumura Ini

Family & ParentingLifestyle
12 Mar 2025 • 11:42 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Sky Ridzokumura pakar

Perkongsian terbaru usahawan dan pempengaruh, Ridzuan Ridzokumura mengenai anaknya Sky Taizo Okumura, telah menyentuh hati ramai. 

Kalau korang tengok video TikTok yang dimuat naik, Ridzuan berkongsi momen berbuka puasa di kedai bunganya di Subang Jaya. Namun, dia tiba-tiba menyedari anaknya tidak kelihatan.

Terbaring murung dalam bilik

@ridz_okumura

Semalam saya dan sky berbuka di kedai bunga saya di subang jaya terima kasih team Ridzokumura tiba2 @Sky Taizo Okumura hilang rupa2 nya dia menyendiri kan diri dia,tapi saya tau sky lebih kuat dri saya

♬ original sound – Ridzokumura – Ridzokumura

Ketika bertanya kepada pekerjanya, mereka memberitahu bahawa Sky berada di dalam bilik. Ridzuan yang masuk untuk mencari anaknya terkejut apabila mendapati anaknya hanya terbaring di atas sofa.

Perkara itu membuatkan ramai netizen bersimpati dan menzahirkan kebimbangan terhadap keadaan emosi remaja tersebut, lebih-lebih lagi selepas kehilangan ibunya pada 28 Februari lalu.

Netizen cadang bawa Sky jumpa pakar

image is not available

Kalau korang tengok ruangan komen, ramai menyarankan agar Ridzuan membawa Sky mendapatkan bantuan pakar kerana keadaan murung yang dialaminya mungkin mempengaruhi kesihatan mentalnya.

#ApaKataOhmedia

Kehilangan insan tersayang bukan perkara mudah, terutama bagi seorang anak yang masih dalam fasa membesar. Jika anda atau orang sekeliling mengalami tanda-tanda kemurungan, jangan segan untuk mendapatkan bantuan profesional. Mental dan emosi yang sihat sama penting dengan kesihatan fizikal!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: TikTok


The post

appeared first on

.