Rampasan Op Bersepadu Khazanah naik mendadak RM56.86 juta

LocalEnvironment
5 Aug 2026 • 3:07 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Rampasan Op Bersepadu Khazanah naik mendadak RM56.86 juta

IPOH: Rampasan Op Bersepadu Khazanah yang diketuai Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) merekodkan peningkatan signifikan iaitu RM56.86 juta setakat 4 Ogos (semalam) berbanding RM2.27 juta bagi tempoh sama pada tahun lalu.

Menurut Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Senior Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, jumlah itu menunjukkan peratusan peningkatan luar biasa iaitu sebanyak 2,404 peratus.

“Op Bersepadu Khazanah turut melibatkan agensi-agensi sahabat seperti Jabatan Perhilitan, Perhutanan, Jabatan Mineral dan Geosains dan pejabat tanah dan galian.

“Jumlah kes di bawah operasi itu meningkat daripada 17 kes pada 2025 kepada 38 kes tahun ini yang bersamaan peningkatan sebanyak 123 peratus,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Briged Utara PGA, di sini hari ini.

Katanya, peningkatan tersebut membuktikan keberkesanan risikan secara bersepadu bersama pelbagai agensi penguatkuasaan.

Kejayaan Op Bersepadu Khazanah yang bermula pada 2019 tersebut merangkumi negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Berhubung jumlah keseluruhan kes di bawah PGA, Balveer Singh memaklumkan, ia turut meningkat 33.68 peratus iaitu 389 kes berbanding 291 kes tahun lalu iaitu pertambahan sebanyak 98 kes.

“Ia membuktikan keberkesanan kerjasama strategik antara pegawai dan anggota Briged Utara PGA, risikan berterusan serta maklumat yang disalurkan orang awam dalam memperkukuh tindakan penguatkuasaan.

“Bagi operasi sekatan jalan raya yang dilaksanakan di tujuh lokasi di Utara Semenanjung Malaysia, sebanyak 75 kes direkodkan tahun ini berbanding 24 kes dalam tempoh sama tahun lalu,” katanya. – UTUSAN

The post Rampasan Op Bersepadu Khazanah naik mendadak RM56.86 juta appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved