Tiga kilang disyaki berselindung proses e-waste haram

LocalEnvironment
5 Aug 2026 • 2:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiga kilang disyaki berselindung proses e-waste haram

IPOH – Polis mengesyaki tiga kilang  di sini yang diserbu Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Batalion 18 PGA pada Isnin lalu menerusi Op Taring E-Waste berselindung di bawah lesen yang dibenarkan untuk menjalankan aktiviti memproses sisa elektronik itu tanpa kebenaran.

Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Senior Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, berdasarkan siasatan awal, ketiga-tiga kilang tersebut mempunyai lesen daripada pihak berkuasa tempatan namun tiada lesen khas untuk memproses sisa elektronik.

“Mungkin mereka berselindung menjalankan operasi perniagaan secara normal seperti kotak (proses), logam dan kitar semula.

“Bagaimanapun, untuk memproses sisa elektronik anda perlu mempunyai lesen khas. Sekiranya tidak ia satu kesalahan,” katanya kepada pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Briged Utara PGA di sini hari ini.

Katanya, aktiviti memproses sisa elektronik tanpa lesen bukan sahaja menyalahi undang-undang malah memberi kesan besar terhadap alam sekitar dan masyarakat.

Balveer Singh memaklumkan, pada Isnin lalu, PGA dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan telah menyerbu tiga kilang yang disyaki menjalankan aktiviti memproses sisa elektronik tanpa kelulusan sekitar Ipoh dengan penahanan dua lelaki warga tempatan serta lapan lelaki warga Myanmar dan empat wanita Myanmar yang kesemuanya berusia dalam lingkungan 20 hingga 50 tahun.

“Sisa elektronik campuran yang dirampas sebanyak 120,220 kilogram (kg), pelbagai mesin dan jentera yang digunakan untuk memproses sisa elektronik serta pelbagai jenis kenderaan seperti sebuah treler dan dua trak angkat susun dengan nilai rampasan bernilai RM9.3 juta,” katanya.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 18(1), 25(1), 34A dan 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta Seksyen 6(1)(c), Seksyen 55B dan Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 – KOSMO! ONLINE

The post Tiga kilang disyaki berselindung proses e-waste haram appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved