Ranau jadi hub baka kambing penternak Sabah

LocalFamily & Parenting
30 Sep 2026 • 4:54 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Ranau jadi hub baka kambing penternak Sabah

RANAU: Pusat pembiakbakaan kambing dan biri-biri di Kampung Kasiladan, Batu 2 kini beroperasi sebagai hub utama pembekalan ternakan baka berkualiti tinggi bagi menyokong perkembangan industri penternakan di seluruh Sabah.

​Pengerusi Lembaga Industri Pembangunan Desa (KORPORAS) Datuk Jamawi Jaafar berkata pusat berkenaan berfungsi sebagai pusat transit serta pembiakbakaan setempat bagi kesemua ternakan kambing dan biri-biri yang diimport khas dari Australia.

“Sebelum diagihkan secara berperingkat kepada para penternak di seluruh daerah di Sabah, ternakan terbabit akan ditempatkan di pusat ini terlebih dahulu bagi tujuan pemantauan kesihatan, penyesuaian iklim serta pengurusan pembiakan.

“Pusat pembiakbakaan ini memfokuskan kepada pemeliharaan dan pembiakan dua jenis baka kambing utama dari jenis Dorper iaitu Dorper Kepala Putih dan Dorper Kepala Hitam.

“Kedua-dua jenis baka ini terkenal dengan kualiti daging yang baik, ketahanan penyakit serta keupayaan penyesuaian yang tinggi terhadap persekitaran tempatan,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke pusat berkenaan baru-baru ini untuk meninjau perkembangan serta pengurusan kemudahan ternakan yang ditempatkan di pusat itu.

Dalam pada itu Jamawi menyatakan​ pusat ternakan itu merupakan langkah yang diambil bagi memastikan setiap ternakan yang sampai ke tangan penternak tempatan berada dalam tahap kesihatan optimum serta mempunyai gred genetik yang berkualiti tinggi.

​Dalam pada itu, pihak pengurusan menegaskan bahawa mana-mana individu atau orang awam yang berminat untuk menceburi bidang penternakan kambing mahupun biri-biri adalah diwajibkan untuk menghadiri serta menyempurnakan kursus latihan khas.

Kursus penternakan ini dianjurkan secara berkala oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Sabah.

​Menurutnya latihan tersebut bertujuan untuk membekalkan para penternak baharu dengan kemahiran asas pengurusan ternakan, kawalan penyakit, pemakanan seimbang serta pengurusan fasiliti kandang yang betul sebelum mereka menerima bekalan ternakan.

​Jelasnya masyarakat awam atau bakal penternak yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan baka ternakan serta pendaftaran kursus latihan dialu-alukan untuk berhubung terus atau hadir ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar di daerah masing-masing.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved