Rancakkan MADANI: Muzium Negara Dibuka Secara Percuma Selama 2 Hari!

5 Dec 2025 • 4:16 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sempena tiga tahun pentadbiran Kerajaan MADANI dan sambutan Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku, Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Muzium Malaysia (JMM) mengumumkan kemasukan percuma ke Muzium Negara pada 6 dan 7 Disember 2025, dari jam 9 pagi hingga 5 petang untuk semua warganegara.

Rancakkan MADANI bersama Malaysiaku

Difahamkan, inisiatif ini bertujuan menggalakkan masyarakat, khususnya golongan muda dan keluarga untuk mendekati sejarah tanah air serta menghargai warisan yang membentuk identiti negara.

image is not available

Rancakkan MADANI galak masyarakat dekati sejarah

Muzium Negara menempatkan empat galeri utama yang memaparkan perjalanan sejarah Malaysia merangkumi era prasejarah, kesultanan Melayu, zaman penjajahan dan pembangunan negara moden.

Pelawat juga boleh melayari laman rasmi Muzium Negara untuk maklumat lanjut mengenai pameran.

image is not available

Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang, menegaskan pentingnya sejarah dalam membina perpaduan dan nilai kebangsaan.

Beliau berkata langkah membuka akses percuma ini diharapkan dapat memberi peluang lebih luas kepada masyarakat untuk kembali menyelami akar sejarah negara.

Pastinya pengumuman ini menjadi satu peluang terbaik untuk keluarga dan anak muda merasai pengalaman pendidikan yang menyeronokkan dan semuanya secara percuma!

The post Rancakkan MADANI: Muzium Negara Dibuka Secara Percuma Selama 2 Hari! appeared first on Borak Daily.