Rancang naik taraf Bukit Kembara, jadi destinasi tarikan pelancongan baharu

27 Feb 2023 • 1:56 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

OLEH SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 27 FEB: Bukit Kembara, Ampang yang menjadi tumpuan penggemar aktiviti rentas hutan dan pendakian berpotensi dibangunkan sebagai tempat pelancongan baharu.

Justeru, Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata perbincangan mengenai rancangan membangun serta menaik taraf tempat tersebut akan diadakan.

“Kita mendapat beberapa pandangan penduduk-penduduk sekitar antaranya mereka memohon untuk Bukit Kembara diberikan atau digazetkan sebagai tempat rekreasi orang ramai.

“Kita melihat potensi Bukit Kembara ini tinggi, kita akan berbincang pelan strategik bagi mengenalpasti ruang sesuai untuk dijadikan tumpuan pelancongan awam,” katanya.

Rodziah yang juga EXCO perumahan, kesejahteraan bandar dan pembangunan usahawan turut meluang masa membuat tinjauan di kawasan sekitar Bukit Kembara dan Kolam Taman TAR, Ampang semalam.

Lawatan turut disertai Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Hasrolnizam Shaari, Pengarah Jabatan Belia, Masyarakat dan Landskap, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Khairilazhar Ismail dan wakil Jabatan Perhutanan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved