Rang Undang- Undang pindah kuasa kawal selia gas Sabah

LocalPolitics
5 Jan 2023 • 4:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KERAJAAN Sabah akan membentangkan usul memindahkan kuasa kawal selia bagi bekalan gas kepada Negeri daripada Kerajaan Persekutuan pada sidang khas Dewan Undangan Negeri pada 10 Jan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata perkara itu telah diperjuangkan oleh pemimpin negeri sejak sekian lama dan menyifatkan langkah itu penting dalam merealisasikan tuntutan Sabah berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kerana inilah yang kita perjuangkan selama ini bagi memastikan hak kita dalam MA63 dapat ditunaikan. Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri telah menunjukkan kesediaan untuk menyerahkan hak kepada Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Krismas Parti Bersatu Sabah (PBS), yang turut dihadiri Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, di Dewan Hakka di Likas, Kota Kinabalu, pada 25 Disember.

Pada 21 Disember, Hajiji berkata Dewan Undangan Negeri Sabah akan mengadakan sidang khas untuk melulus dan mewartakan Rang Undang-undang Negeri Sabah untuk bekalan gas.

Beliau berkata Suruhanjaya Tenaga Sabah akan mengambil alih semua kuasa kawal selia untuk bekalan gas darat (penggasan semula, penghantaran, pengedaran dan penggunaan gas oleh pemegang lesen swasta dan runcit) di negeri ini, berkuat kuasa serta-merta.

Terdahulu pada hari sama, Anwar mengumumkan bahawa Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk memindahkan kuasa mengawal selia bekalan gas di Sabah kepada Kerajaan Negeri dan perkara itu dipersetujui sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan Persekutuan untuk menghormati MA63.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.