
SIPITANG: Pasukan Ranger muncul juara Pertandingan Bola Jaring Tertutup Campuran di SMK Padang Berampah (SMKPB) yang diadakan di dewan sekolah pada Rabu.
Ranger mengutip sembilan mata selepas memenangi semua perlawanan mereka menewaskan Capybara 16-7, Black Panther 7-4 dan Pegasus 14-6.
Black Panther menamatkan saingan di tempat kedua dengan empat mata selepas tewas kepada Ranger 4-7, seri 8-8 dengan Capybara dan menewaskan Pegasus 12-4.
Capybara, yang turut mengutip empat mata tetapi kalah berdasarkan perbezaan gol kepada Black Panther, menduduki tempat ketiga selepas tewas kepada Ranger 7-16, seri dengan Black Panther 8-8 dan menewaskan Pegasus 7-4. Pegasus pula menamatkan saingan di tempat keempat tanpa sebarang mata.
Pertandingan yang dianjurkan oleh Kelab Bola Jaring SMKPB sempena Hari Malaysia itu disertai empat pasukan dalam sistem liga.
Hadiah berupa hamper disampaikan oleh wakil Kelab Bola Jaring SMKPB Nur Hidayah Asyikin Jimpi.

