Rangka bayi depan rumah: Reman lima suspek dilanjut tiga hari

LocalPolitics
30 Mar 2026 • 10:15 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Reman lima suspek berhubung penemuan rangka bayi di Kelemak disambung tiga hari.

ALOR GAJAH - Reman lima suspek berhubung penemuan rangka bayi di hadapan sebuah rumah di Kelemak pada Rabu lepas, disambung tiga hari bermula Ahad.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, lanjutan reman sehingga esok itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, iaitu menyembunyikan kelahiran.

Khamis lepas, seorang remaja perempuan 19 tahun yang dipercayai ibu kepada bayi itu dan teman lelakinya direman berhubung penemuan rangka yang dipercayai ditanam kira-kira empat bulan lepas.

Polis turut menahan reman tiga ahli keluarga perempuan itu, iaitu ibu, kakak dan adik lelakinya dengan semua mereka berusia antara 16 hingga 40 tahun. - Bernama