Rangka Manusia Ditemui Di Belakang Rumah, Dipercayai Milik Lelaki Yang Dilaporkan Hilang Julai Tahun Lalu

3 May 2025 • 2:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tulang disyaki rangka manusia telah ditemui di Felda Bukti Mendi, Bera, Pahang semalam, lapor Harian Metro.

Rangka manusia itu difahamkan telah ditemui di belakang sebuah rumah oleh seorang individu ketika dia mahu meracun rumput dan membersihkan kawasan semak-samun di kawasan itu pada petang semalam.

Individu tersebut kemudiannya telah membuat laporan polis berhubung penemuan terbabit.

Difahamkan, kawasan rangka manusia itu ditemui adalah kita-kira 100 meter dari belakang rumah.

image is not available

Rangka manusia itu dipercayai merupakan milik seorang individu yang telah dilaporkan hilang pada sejak Julai tahun lalu iaitu 2024.

Seluar, jaket dan baju turut ditemui dalam keadaan berselerakan di kawasan rangka dan tengkorak itu dijumpai.

Difahamkan, rangka itu dipercayai milik mangsa yang hilang itu kerana ketika lelaki itu dilaporkan hilang, mangsa yang berusia 48 tahun itu memakai pakaian-pakaian tersebut.

Untuk mengenal pasti identiti mangsa dengan tepat, rangka tersebut kemudiannya telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Bera.

Sumber: Harian Metro

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.