Rangka manusia ditemukan di Lahad Datu

26 Jun 2026 • 4:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Rangka manusia ditemukan di Lahad Datu

LAHAD DATU: Rangka manusia ditemukan orang awam di kawasan parit di lereng bukit Taman Pertama 1 di sini, pada Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Supt Jimmy Panyau berkata polis menerima maklumat mengenai penemuan itu pada jam 10.53 pagi.

Beliau berkata identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan rangka berkenaan telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

“Mereka yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga diminta tampil menyalurkan maklumat atau membuat laporan di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Orang ramai juga boleh menghubungi SM Ronney Lajius di talian 010-4641072,” katanya dalam kenyataan, Khamis.

Menurutnya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Jimmy turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi di media sosial sebagai menghormati keluarga mangsa dan bagi mengelakkan gangguan terhadap siasatan polis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved