Ranking FIFA: Pasukan Bola Sepak Thailand Di Tempat Pertama Asia Tenggara

19 Feb 2024 • 10:13 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pasukan Bolasepak Thailand di tempat pertama Asia Tenggara menerusi ranking FIFA menurut kemaskini terbaharu ranking dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bulan Februari 2024.

Kini di tangga ke-101 dunia

Merujuk perkongsian di platform X Thai League Central, Thailand kini berada di tangga ke-101 dunia sekali gus menjadi nombor satu di Asia Tenggara.

Manakala, Vietnam yang ada di kedudukan 105 dunia berada di tempat kedua diikuti Malaysia yang kini berada di ranking 132 dunia.

Pasukan bola sepak Thailand berjaya naik 12 anak tangga sebelum ini

Kejayaan Thailand yang berjaya naik 12 anak tangga dalam rangking FIFA nampaknya dibantu oleh kecemerlangan mereka sewaktu di Piala Asia 2024 Qatar tempoh hari apabila menjadi naib juara Kumpulan F sekali gus berada dalam 16 terbaik temasya berkenaan.

Dengan kemenangan 2-0 Kyrgyzstan pada perlawanan pembukaan Kumpulan F Piala Asia, Thailanf telah mengumpul + 18.99 dan menjaya memperbaiki kedudukan dengan berada di rangking 105 dunia apabila melonjak lapan anak tangga daripada kedudukan sebelumnya.

Pasukan bolasepak Thailand, cemerlang di Piala Asia

Dalam perlawanan seterusnya, Thailand telah seri dengan Oman dan Arab Saudi sekaligus mengumpul +1206.58 mata sehingga melonjak ke tangga 101 dunia.

Namun begitu, Thailand dilihat berpeluang cerah untuk berada di dalam kedudukan kurang daripada 100 dunia jika menang ke atas Korea Selatan dalam saingan Piala Dunia yang akan berlangsung pada Mac 2024 nanti.

Vietnam juga bila-bila masa sahaja boleh memintas kedudukan Thailand jika berjaya memenangi dua perlawanan menentang Indonesia dalam saingan Piala Dunia 2026.