Rapid KL Akan Memulakan Perkhidmatan Bas Elektrik Bermula 2026

TechnologyDigitalCars
14 Jul 2025 • 1:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Rapid KL akan memulakan perkhidmatan bas elektrik bermula 2026. Ini diumumkan Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini dalam majlis penerimaan kumpulan akhir 310 bas diesel baharu Rapid KL. Bas elektrik yang digunakan adalah buatan sebuah syarikat China tetapi akan dipasang sepenuhnya di Johor. Ini adalah membolehkan pemindahan teknologi luar negara dilakukan dengan syarikat tempatan.

image is not available
Bas elektrik yang diuji 2022

Bas-bas elektrik ini kemudiannya akan beroperasi di laluan dengan permintaan tinggi di. Lembah Klang dan Pulau Pinang. Tender membekalkan bas elektrik telahpun ditutup dengan pengumuman akan dilakukan kelak.

Rapid KL telah menggunakan bas elektrik sejak 2015 untuk perkhidmatan Bas Rapid Transit. (BRT) tetapi pada skala kecil. Kemudian pada tahun 2022, 4 buah bas elektrik buatan BYD telah diuji selama tiga bulan. Ia merangkumi Laluan 400; Damai Perdana ke Hab Lebuh Pudu dan Laluan 650 dari Taman Desa ke hab Pasar Seni.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved