Mazda CX-5 Generasi Baharu Didedahkan Secara Rasmi – Ini Perinciannya...

Cars
11 Jul 2025 • 10:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Mazda CX-5 Generasi Ketiga

Mazda akhirnya memperkenalkan model serba baharu, Mazda CX-5 generasi ketiga, yang dijangka memasuki fasa pengeluaran tidak lama lagi dan akan mula dijual di pasaran bermula tahun 2026. Pelancaran rasmi ini dibuat secara dalam talian khusus untuk pasaran Eropah, lengkap dengan sesi pembentangan produk yang boleh ditonton di YouTube.

Saiz Lebih Besar, Reka Bentuk Lebih Matang

image is not availableimage is not available

Model baru ini bukan sahaja bertambah besar, malah tampil dengan gaya lebih matang dan praktikal. Mazda mengekalkan ciri SUV yang tegap, namun kini lebih menumpukan kepada keluarga muda sebagai sasaran utama jualan.

CX-5 terbaru berkepanjangan 4,690 mm, lebar 1,860 mm, tinggi 1,695 mm dan jarak roda 2,815 mm (bertambah 115 mm). Secara keseluruhan, ia lebih panjang dan sedikit lebar berbanding model sebelum ini.

image is not available

Sentuhan bahasa rekaan ikonik Mazda, Kodo, masih terserlah dengan garis badan yang lebih elegan dan kemas. Mazda turut mengambil inspirasi daripada model Iconic SP Concept 2023, terutamanya pada lengkungan roda yang dilengkungkan ke arah tayar.

Kabin Lebih Luas & Praktikal

Peningkatan jarak roda membolehkan ruang dalam kabin menjadi lebih lapang, terutama dari segi ruang bahu, kaki dan kepala untuk penumpang belakang. Pintu belakang direka semula dengan bukaan lebih luas memudahkan pemasangan tempat duduk kanak-kanak.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Ruang but juga lebih besar, bertambah sebanyak 61 liter menjadikan kapasiti simpanan kali ini mencecah 583 liter, hampir setanding dengan pesaing utamanya seperti Honda CR-V dan Kia Sportage, yang masing-masing menawarkan ruang simpanan 579 liter dan 587 liter.

Dari segi teknologi, salah satu pembaharuan terbesar ialah penggunaan skrin infotainmen Google berukuran 15.6 inci untuk varian premium, manakala varian asas menggunakan skrin lebih kecil 12.9 inci. Sistem infotainmen ini membolehkan pengguna menambah widget yang diinginkan.

image is not available

Pengguna juga boleh membuat sambungan Apple CarPlay dan Android Auto dengan mudah, tanpa menggunakan wayar, serta mengakses aplikasi media seperti Netflix dan Amazon Prime yang boleh digunakan ketika kenderaan dalam keadaan parkir.

Sementara itu, di sebalik stereng, panel instrumen digital 10.25 inci terbaru yang digunakan boleh memaparkan peta dan aplikasi yang dipilih.

image is not available

Menyerlahkan lagi aura moden ruang kabinnya adalah ketiadaan butang fizikal untuk kawalan pendingin hawa, kerana ia kini menggantikannya dengan antaramuka tanpa butang (button-less user interface), satu perubahan yang menurut Mazda diminta oleh pemilik sebelum ini.

Enjin & Prestasi Mazda CX-5 Generasi Ketiga

image is not available

Untuk pasaran Eropah, CX-5 terbaru menggunakan enjin petrol 2.5 liter e-Skyactiv G hibrid yang sama digunakan pada Mazda 3 dan CX-30 versi Eropah. Pilihan pacuan semua roda (AWD) masih ditawarkan selain pacuan roda hadapan (FWD) standard.

Di luar Eropah, Mazda dijangka mengekalkan enjin petrol 2.0 dan 2.5 liter pada model lama, dengan kemungkinan enjin diesel 2.2 liter dihentikan. Varian hibrid global ‘Skyactiv-Z’ pula dijangka diperkenalkan kemudian.

image is not available

Mazda turut memperbaiki casis CX-5 kali ini dengan sistem pengendalian dan suspensi lebih baik, bertujuan mengurangkan keletihan pemandu terutama ketika pemanduan jarak jauh.

Mazda CX-5 Generasi Ketiga Akan Tiba Di Malaysia?

Masih terlalu awal untuk menganggarkan ketibaan CX-5 terbaru ini di Malaysia. Namun, sekiranya mendarat di negara kita, sepertimana versi sedia ada, berkemungkinan besar Bermaz (BAuto) akan menawarkannya dalam versi pemasangan tempatan (CKD).

image is not available