

Ada berita baik untuk anda!
Ini kerana perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel serta Bas Rapid Transit (BRT) laluan Sunway akan beroperasi 24 jam selama dua hari bermula dari 30 dan 31 Ogos ini sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025.
Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Amir Hamdan berkata, inisiatif itu dibuat susulan kejayaan operasi 24 jam yang pertama kali diperkenalkan pada tahun lepas.

Rapid KL akan beroperasi selama 24 jam bagi semua perkhidmatan rel Rapid KL, BRT Laluan Sunway, beberapa laluan bas, serta enam zon ROD terpilih.
“Operasi khas ini merangkumi perkhidmatan tren bagi semua laluan LRT, MRT dan Monorel Rapid KL
“Bagi perkhidmatan bas, sebanyak 86 laluan membabitkan 235 buah bas akan beroperasi pada malam Ambang Merdeka,” katanya.



