“Rasa seperti m*ti, hidup semula” – Mangsa Kemalangan Lori Kayu Balak Beransur Pulih

Entertainment
3 Sep 2024 • 11:17 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pada bulan Julai lalu, sebuah kemalangan ngeri berlaku di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Kelantan.

Kemalangan itu melibatkan seorang penunggang motosikal wanita dihempap kayu balak yang terjatuh daripada sebuah lori, wanita itu kemudiannya tercampak dan dirempuh salah satu kayu balak yang jatuh.

Mangsa, Siti Norelyana Kamarulzaman yang berusia 21 tahun itu bagaimanapun sudah beransur pulih dan sihat seperti sedia kala, dia juga sehingga hari ini tidak pernah menyangka dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

image is not available

Dia mengalami kecederaan pada organ dalamannya seperti hati, paru-paru, buah pinggang hampir rosak serta mengalami patah pada lima tulang rusuk serta belakang.

Norelyana menyifatkan keadaanya itu seperti mati hidup semula selepas dia dikeluarkan dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).

“Bayangkan pada hari kejadian sehingga 7 Ogos lalu saya keluar dari HRPZII ramai yang menyangka sudah meninggal dunia.

Alhamdulillah, berkat doa ahli keluarga, semua rakyat Malaysia serta tunang, ALLAH masih memberi peluang kepada saya untuk menikmati kehidupan,” katanya.

Dia sebelum ini pernah beberapa kali ditidurkan ketika rawatan malah doktor juga memberitahu keadaannya sangat kritikal.

Ibunya, Miskalsom Domea, memberitahu, bersyukur sehingga sukar untuk digambarkan keajaiban yang Allah berikan kepada anak perempuannya itu.

“Setiap hari hanya perkataan ‘kritikal’ yang keluar dari mulut doktor, sebagai ibu hanya doa yang mampu saya panjatkan lebih-lebih lagi ramai yang menyangka umur Siti Norelyana tidak panjang.

Alhamdulillah, dia sembuh dan boleh meneruskan kehidupan walaupun dalam keadaan trauma,” ujarnya.

Ibu kepada tujuh orang anak itu berkata, trauma melihat anaknya dimasukkan lima pek darah dalam sejam serta ditidurkan masih tidak dapat dilupakan.

Alhamdulillah, semoga mangsa sihat sentiasa!

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.