Rasuah baju sukan, tiga termasuk pegawai kanan kerajaan ditahan SPRM

LocalPolitics
6 Oct 2026 • 4:33 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Rasuah baju sukan, tiga termasuk pegawai kanan kerajaan ditahan SPRM

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan tiga individu kerana disyaki memberi dan menerima rasuah kira-kira RM155,000, sebagai balasan meluluskan sebut harga pembekalan baju sukan.

Menurut sumber, mereka yang ditahan terdiri daripada pegawai kanan sebuah agensi kerajaan, penjawat awam dan pemilik syarikat yang masing-masing dua lelaki serta seorang wanita berusia lingkungan 40 dan 50-an.

Katanya, ketiga-tiga mereka ditahan kira-kira pukul 5 petang dan 9 malam, semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara 2024 hingga 2025.

“Dua suspek penjawat awam termasuk wanita itu dipercayai telah menerima wang rasuah secara tunai dan juga melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi masing-masing,” katanya di sini, hari ini.

Tambahnya, perintah reman selama lima hari sehingga 10 Oktober terhadap kesemua suspek telah dikeluarkan Majistret Eliana Ismail selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar, pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong mengesahkan penahanan tersebut dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

The post Rasuah baju sukan, tiga termasuk pegawai kanan kerajaan ditahan SPRM appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved