Kemuka dokumen palsu RM200 juta: Pengurus syarikat disambung reman

LocalBusiness & Finance
3 Oct 2026 • 3:06 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kemuka dokumen palsu RM200 juta: Pengurus syarikat disambung reman

PUTRAJAYA: Seorang pengurus syarikat sebuah agensi yang menawarkan perkhidmatan kewangan dan korporat disambung reman kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi mendapatkan pengurangan cukai bernilai kira-kira RM200 juta.

Perintah reman yang dimohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu disambung selama tiga hari bermula esok sehingga 6 Oktober ini.

Perintah reman terhadap suspek itu telah dikeluarkan Majistret Illya Syaheedah Mohd Razif selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi, sebaik tempoh reman asal terhadap suspek tamat hari ini.

Sebelum ini, suspek lelaki berusia 40-an itu telah ditahan reman selama tiga hari sejak Khamis lalu.

Melalui siasatan yang dijalankan, SPRM telah mengeledah 12 lokasi yang terdiri daripada premis pejabat dan kediaman suspek.

Dalam operasi tersebut SPRM telah menyita 25 unit kenderaan mewah bernilai kira-kira RM25 juta dan turut membekukan empat akaun peribadi dan tiga akaun syarikat bernilai kira-kira RM3 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

The post Kemuka dokumen palsu RM200 juta: Pengurus syarikat disambung reman appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved