Rasuah: Pegawai APMM didenda RM5,000

18 Mar 2023 • 1:39 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang penjawat awam berusia 30 tahun didenda RM5,000 atau penjara enam bulan kerana menerima sogokan RM1,500 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap bot dan pengadu yang telah tamat tempoh lesen bot.

Jazul Abdullah, 35, mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga, kepada tuduhan alternatif yang ditawarkan kepadanya.

Jazul, selaku penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), telah menerima suapan daripada Leonard Lee Yin Leong, sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap bot tersebut dan pengadu kerana mempunyai lesen bot tamat tempoh, sedangkan dia tahu pemiliknya mungkin ada kaitan kepada tugas rasminya.

Dia melakukan kesalahan itu pada 7.30 malam 17 Mac 2021 di tempat letak kereta di pejabat Perbadanan Pinjaman Sabah di Alamesra, di sini.

Kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Jazul pada 14 Julai 2022 meminta dibicarakan terhadap pertuduhan asal adalah di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta yang sama.

Memandangkan dia telah mengaku kepada pertuduhan alternatif, pertuduhan asal ditarik balik.

Pegawai Pendakwa SPRM Norsham Saharom hadir untuk pendakwaan manakala Jazul tidak diwakili.

Tertuduh membayar denda itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.