Rasuah RM500,000: Bekas Pegawai Khas MP Seputeh Didakwa Esok

LocalPolitics
10 May 2026 • 7:39 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Rasuah RM500,000: Bekas Pegawai Khas MP Seputeh Didakwa Esok

KUALA LUMPUR - Bekas pegawai khas kepada Ahli Parlimen Seputeh dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen esok, berhubung kes rasuah melibatkan Projek Mesra Rakyat (PMR).

Menurut sumber, lelaki terbabit dijadualkan didakwa kira-kira jam 8.30 pagi.

Media sebelum ini melaporkan, dua individu, termasuk seorang bekas pegawai khas, direman   Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM500,000.

Wang tersebut dipercayai sebagai balasan bagi membantu meluluskan peruntukan untuk projek berkenaan.

Sumber berkata, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 9.30 malam pada 5 Mac tahun lalu,  ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM.

Mereka disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2024 sebagai balasan membantu meluluskan permohonan dana projek bernilai kira-kira RM1.5 juta.

Projek terbabit dipercayai melibatkan pembekalan papan pintar interaktif ke beberapa sekolah sekitar Kuala Lumpur. – Getaran, 10 Mei 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved