Rating Hampiri 20%, Pelakon ‘Good Partner’ Selesai Jalani Penggambaran Selepas 6 Bulan

EntertainmentMovie
26 Aug 2024 • 2:11 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Tak dinafikan “Good Partner” merupakan antara K-Drama yang sedang menjadi bualan ramai sekarang!

Terbaru, pasukan produksi mengumumkan bahawa drama “Good Partner” telah pun selesai menjalani penggambaran selepas kerja keras selama 6 bulan.

Bagi yang belum tahu, drama ini mengisahkan tentang perjuangan antara dua peguam perceraian yang sangat berbeza iaitu Cha Eun-kyung (Jang Na-ra) dan Han Yu-ri (Nam Ji-hyun).

Sementara itu, episod terbaru “Good Partner” telah berjaya mencatat rating tinggi mencecah 17.2% di seluruh negara.

Jangan lupa tonton “Good Partner” ditayangkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.