Ratusan berhimpun di Stockholm bantah serangan berterusan Israel ke atas Gaza

29 Jun 2025 • 1:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

STOCKHOLM/ISTANBUL, 29 JUN: Ratusan orang berhimpun pada Sabtu di ibu negara Sweden, Stockholm bagi membantah serangan berterusan Israel ke atas Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Penunjuk perasaan berkumpul di daerah Odenplan di ibu negara sebelum berarak menuju ke parlimen Sweden.

Mereka melaungkan slogan: “Israel pembunuh, keluar dari Palestin”, “Israel pembunuh, keluar dari Gaza” dan “Gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat”.

Sambil mengibarkan bendera Palestin, mereka turut menuntut agar genosid di Gaza dihentikan.

Tentera Israel, yang menolak gesaan antarabangsa untuk gencatan senjata, telah melancarkan serangan maut ke atas Gaza sejak Oktober 2023, membunuh lebih 56,400 rakyat Palestin kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut pegawai kesihatan Gaza.

— BERNAMA-ANADOLU

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved