Rawatan Islam dibayar seikhlas hati? PU Syed tegaskan perlu ada bayaran tetap untuk perawat

16 Apr 2025 • 9:37 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

ADA pesakit yang bertahun-tahun mendapatkan rawatan di hospital tetapi tidak sembuh sepenuhnya. Adakah perlu menyalahkan doktor atau pun ubat?

Disebabkan itu, ada di antara mereka yang sanggup mendapatkan rawatan di tempat lain pula sebagai usaha untuk kesembuhan.

Doktor sudah pun memberitahu, keputusan ujian darah normal, x-ray pun tiada masalah. Tidak salah untuk cuba cara lain sebagai usaha dan ikhtiar.

Kebanyakan rawatan cara Islam tidak mengenakan bayaran tetap dan hanyalah sumbangan seikhlas hati. Namun, adakala bayaran yang diterima amatlah menyedihkan.

Menerusi perkongsian mantan juara pencetus ummah musim ke-3, PU Syed Mohd Bakri di akaun Instagram miliknya, ramai perawat di luar sana menjadikan pekerjaan ini sebagai sumber utama pendapatan.

“Mereka merawat bukan sekejap. Kita sanggup bayar doktor dengan harga yang mahal kerana menggunakan khidmat mereka dengan harapan untuk sembuh.

“Tetapi mengapa kita bayar hanya seikhlas hati apabila berikhtiar menggunakan khidmat perawat?

“Menetapkan upah pada kerja mereka tidak salah kerana di zaman Rasulullah SAW ada kisah sahabat yang mengubati seorang ketua kampung yang disengat dan menerima upah. Rasulullah tidak melarangnya” ujarnya.

Beliau menyambung, walau bagaimanapun harga yang ditetapkan itu perlu sepadan dengan perkhidmatan yang diberikan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved