Rawatan percuma Mobile Clinic MAIWP-MAPIM di Sungai Buloh hari ini

LocalHealth & Fitness
16 Dec 2022 • 3:52 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

SUNGAI BULOH: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menawarkan rawatan kesihatan secara percuma melalui program bas double decker Mobile Clinic MAIWP-MAPIM di Kompleks Perhebat, Kem Tentera Sungai Buloh hari ini.

image is not available

Antara pemeriksaan kesihatan yang disediakan adalah pemeriksaan paras kolesterol, tekanan darah, paras gula, konsultasi kesihatan bersama sukarelawan perubatan yang bertugas termasuk ubat-ubatan secara percuma.

image is not available

Menurut Syarifah Norasmida, Pengarah Pentadbiran di Kompleks Perhebat, rawatan dan penjelasan yang diberikan oleh doktor adalah sangat jelas berbanding dengan yang dia terima di luar. Doktor yang bertugas menjelaskan sesuatu dengan lebih mendalam dan mudah difahami oleh pesakit.

image is not available

“Program seperti ini perlu diteruskan lagi di tempat-tempat lain kerana banyak maklumat mengenai kesihatan yang harus diketahui oleh masyarakat di luar sana,” tambahnya lagi.

Pengunjung yang hadir bersyukur dan berterima kasih kepada MAIWP-MAPIM kerana telah mengadakan serta menguruskan program rawatan kesihatan percuma pada hari ini di sini.

Mobile Clinic MAIWP-MAPIM akan meneruskan lagi khidmat perubatan serta rawatan ke kawasan-kawasan lain bagi memberikan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada penduduk-penduduk terutamanya golongan asnaf dan B40.

image is not available

Bagi anda yang ingin menjemput dan mengadakan program bas double decker Mobile Clinic MAIWP-MAPIM ke kawasan anda, boleh hubungi MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038.