Raya Cina, Raya Kita Juga #CNY2023

Opinion
22 Jan 2023 • 3:00 PM MYT
Peah Yaacob
Peah Yaacob

Just a writer with penchants on current issues and anime.

image is not available
Perayaan Tahun Baru Cina mampu mengeratkan hubungan antara kaum. (Sumber gambar: Buletin Mutiara)

Tahun Baru Cina adalah perayaan yang tidak asing dalam masyarakat Malaysia dan saban tahun ia disambut dengan meriah. Walaupun perayaan ini amat penting bagi masyarakat cina, namun asimilasi antara kaum telah menyebabkan kaum lain juga menyambut tahun baru cina secara tidak langsung.

Malah, perayaan Tahun Baru Cina boleh diumpamakan sebagai Hari Raya ketiga bagi sesetengah masyarakat melayu, kerana sudah menjadi kelaziman bagi ahli keluarga, terutama yang merantau jauh untuk pulang ke kampung halaman ketika perayaan tersebut.

Maka, tidak hairan la jika nama jolokan Raya Cina diberikan sempena perayaan ini. Berdasarkan pengalaman sendiri, cuti perayaan tahun baru cina adalah masa untuk ahli keluarga berkumpul dan meraikan keluarga bersama.

Sama seperti acara makan besar, akan ada sesi berkumpul ramai, adakan aktiviti makan-makan, berkenduri dan berkongsi sesama ahli keluarga tentang kehidupan masing-masing.

Selain itu, hidangan yang lazimnya dihidangkan pada hari raya, seperti rendang, sate, dan pulut turut disediakan pada hari tahun baru.

Kesempatan itu juga kami ambil ketika cuti perayaan tahun baru cina untuk meraikan ulang tahun kelahiran ahli keluarga yang lahir pada awal tahun.

Ia merupakan suatu kelaziman pada kami lantara daripada saiz keluarga yang besar dan kebanyakkan ahli keluarga saya bermastautin di negeri lain dan sukar untuk kami kumpul bersama.

Selain itu, kami juga mengambil kesempatan sempena cuti perayaan tahun baru ini untuk bersuka ria.

Ia seperti sudah menjadi tradisi untuk kami keluar berkelah di pantai dan melakukan aktiviti seperti sukaneka dan berbarbeku, dimana sebahagian akan turut bermain bersama ahli keluarga yang masih kecil, atau duduk santai bersama ahli keluarga lain sambil menikmati keindahan pantai.

Lucunya, aktiviti berkelah tersebut sering dilakukan pada hari kedua tahun baru cina.

Selain itu, limau juga merupakan kelaziman yang wajib ada ketika tahun baru cina.

Malah, limau yang dibeli sempena perayaan tahun baru cina juga diagih dan dikongsikan kepada jiran tetangga sambil mengucapkan 'gong xi fa cai' 

Walaupun ahli keluarga dan seluruh masyarakat setempat saya terdiri daripada masyarakat melayu yang, namun, kemeriahan tahun baru cina masih tetap terasa.

Hantar artikel/video berkaitan #CNY2023 dan menangi hadiah wang tunai sehingga RM10,000! Ambil bahagian di sini.


Peah Yaacob adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.