#RAYA2026 | Raya Yang Telah Berlalu Tetapi Kenangan Yang Indah Saya Tahu.

21 Mar 2026 • 1:00 PM MYT
Abirami Ravi
Abirami Ravi

Ambitious filmmaker & writer, seeking opportunities in the Film Industry

Image from: #RAYA2026 | Raya Yang Telah Berlalu Tetapi Kenangan Yang Indah Saya Tahu.
Picture from Google Gemini's Image Generation (Nano Banana)

Raya. Raya adalah suatu perayaan yang membawa kegembiraan bukan sahaja dalam suatu keluarga tapi bertemu dengan rakan-rakan and saudara mara yang kita lama tak jumpa. Suasana Raya selalu indah dengan baju raya bertema dalam sekeluarga, kuih muih dan masakan lauk pauk yang dihidangkan sungguh enak dan suara kegembiraan and kegelakkan secara ramai- ramai menceriakan satu rumah sepenuh hati. ( UTHM, 2025 )

Untuk saya, Raya yang saya tidak boleh melupakan adalah semasa saya belajar di sekolah menengah. Pertama kali, saya memakai baju raya yang berwarna biru yang menoleh kecantikkan saya dan tidak sabar untuk beraya ke rumah kawan saya. Apabila sampai di sana, rumahnya dihias dengan pelbagai corak lampu berkelipan seperti ketupat, bulan sabit dan lain-lain. Rakan saya yang berpakaian baju raya berwarna merah jambu muncul ke hadapan pintu rumah dan menjemput saya dengan penuh kasih sayang.

Dengan terujanya saya memasuki dalam rumahnya. Ibu bapa dia dengan tidak kira agama, menyambut saya dengan penuh kasih sayang. Saya duduk di ruang tamu dengan rakan saya dan ayahnya sambil bergelak ketawa dan juga menikmati keenakan dan kemanisan kuih muih yang dihidangkan, rasa macam saya boleh duduk di sana selama-lamanya. Rakan-Rakan yang berbangsa lain pun telah sampai ke rumahnya. Habislah, Satu rumah yang meriah telah pun dilahirkan dengan kegelakkan dan kegembiraan semua.

Lepas itu, apalagi, Makan makan lah.

Kami semua dijemput ke meja makanan yang penuh dengan lauk pauk melayu. Rakan saya ni buat business Nasi Lemak semasa itu dengan van mereka. Kini, mereka telah berjaya membuka satu restaurant di Sarawak,iaitu Pak Imran Nasi Lemak, Kalau anda disana, sila rasakan kenakkan dan kepedasan nasi lemak dan lauk pauk mereka. Pedas tapi sedap.

Sambung balik ke kenangan saya, kenyangnya makan nasi lemak mereka sampai ibunya menyuruh saya untuk tambah lagi, saya telah menyerahkan diri saya untuk rehat di ruang tamu. Saya tahu saya cakap saya rehat tetapi saya mengunyah kuih muih di ruang tamu, paling sedap yang saya dapat dalam tangan saya. Kuih Jam Tart. Kemanisannya, lagi manis dengan sesiapa cinta sejati mereka.

Rakan saya memperhatikan saya yang menikmati kuih muih tersebut. Dia pun tersenyum apabila saya menikmati makanan tersebut. Lepas itu, ramai rakan kita sudah pun bergerak dari situ untuk beraya ke rumah lain. Saya dan rakan cina saya lepak di situ lagi. Saya menonton televisyen masa itu dan tiba-tiba, satu balang kuih jam tart muncul di hadapan muka saya, saya terkejut.

Image from: #RAYA2026 | Raya Yang Telah Berlalu Tetapi Kenangan Yang Indah Saya Tahu.
ChatGPT. (2026). Cartoon version of a person wearing a baju melayu looking shocked at a jar of jam tart [AI-generated image]

“Ambilah, Mak saya bagi untuk kamu” katanya.

Saya memandangnya dengan penuh kegembiraan. Terharu saya mendapatkan hadiah yang enak ini. Saya teruja untuk berkongsi dengan nenek saya di rumah. Ayahnya pula memberi kita duit raya kepada kita. Gembiranya dapat berkat lepas satu berkat pada hari ini.

Selepas itu, Kita bertiga bergerak ke KLCC untuk membeli buku-buku, sebab masa itu ada pesta buku besar di sana. Kita pun tidak ada apalagi untuk buat lepas itu oleh itu, kita pergi dapakan ilmu. Semasa di sana, banyak buku-buku dan alat tulis terdapat di sana. Yang terbaik pasal pesta tersebut, harganya semua murah-murah.

Saya menggunakan duit raya yang telah diberikan tadi untuk membeli buku supaya saya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan saya dengan lebih lanjut. Lagi-lagi harga murah, tak kan saya nak lepaskan peluang ini. Lepas itu, Sampai pun masanya untuk pulang ke rumah masing-masing. Saya balik ke rumah saya dengan hati penuh kasih sayang dan kegembiraan. Oh, jangan lupakan, saya juga membawa balik balang kuih jam tart yang enak yang saya berkongsi dengan nenek saya.

“ Sungguh enak kuih ini, Kalau hari - hari makan ini mesti sedap hati saya” katakan nenek saya.

“ Nek, Tak boleh makan gula banyak, kan nanti habis, naik pulak dos kencing manis awak nanti ” saya katakan sambil tersenyum.

Kenangan ini telah berlaku tidak kira sepuluh tahun yang lalu tetapi memori ini telah berada dalam hati saya sepanjang saya berhidup dalam dunia ini. Walaupun kita sudah dewasa dan ada hal-hal masing untuk kita berfokus. Sudah pun lama saya tidak berjumpa dengan mereka dan tidak berlepak dengan mereka. Rindu pula zaman-zaman sekolah bila saya suka berlepak dengan mereka. Apa-apa pun, Saya selalu akan mengucapkan kepada mereka

Image from: #RAYA2026 | Raya Yang Telah Berlalu Tetapi Kenangan Yang Indah Saya Tahu.
Photo Reference: Kuih Jam Tart Versi Rasberi

Terima Kasih Untuk Memberikan Memori Yang Terindah Dan Manis Seperti Kuih Jam Tart.


Image from: #RAYA2026 | Raya Yang Telah Berlalu Tetapi Kenangan Yang Indah Saya Tahu.

Kongsi kisah #RAYA2026 anda dan rebut peluang memenangi hadiah bernilai sebanyakRM3,000!

Ketahui cara penyertaan di sini. Jangan lepaskan peluang! T&S terpakai. 


Abirami Ravi (abirami1999ravi@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.