Mahkamah rayuan Amerika Syarikat hari ini menolak permohonan Apple supaya rayuan membenarkan pembayaran di luar Apple Store dibatalkan. Awal bulan lalu, mahkamah mengarahkan ia dilakukan dalam perbicaraan kes Epic Games menentang Apple yang telah berlarutan sejak 2020. Menerusinya Apple tidak lagi boleh menghalang pembangun aplikasi memberikan pilihan kepada pengguna untuk melakukan pembayaran di luar ekosistem App Store.

Apple turut tidak dibenarkan mengutip bayaran sekiranya pengguna melakukan pembayaran di luar App Store seperti yang dilakukan di negara Kesatuan Eropah (EU). Mereka juga tidak lagi dibenarkan menghalang pembangun memberitahu pengguna terdapat sistem pembayaran alternatif selain App Store.
Alasan Apple untuk membatalkan arahan yang diberikan ialah kerana ia menghalang mereka ‘melaksanakan kawalan ke atas aspek operasi perniagaannya’ dan memaksa untuk memberikan akses percuma kepada perkhidmatan. Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan, Apple berkata mereka kecewa dengan keputusan mahkamah dan akan meneruskan proses rayuan.
Ini adalah satu tamparan ke atas kawalan Apple ke atas ekosistem App Store. April lalu Apple dikenakan denda €500 juta oleh Suruhanjaya Eropah (EC) kerana perubahan ke atas App Store yang dilakukan mereka didapati masih tidak mematuhi sepenuhnya Akta Pasaran Digital (DMA) Kesatuan Eropah.

