RCI Tabung Haji: Tempoh sebulan masih berjalan! Abdul Azeez belum isytihar harta -SPRM

LocalPolitics
25 Sep 2026 • 6:37 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

div:has([data-free-thinking-preview-answer=true])+:is(.text-message,.relative:has(>.text-message))]:-mt-2 grow">

Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim masih belum mengemukakan pengisytiharan hartanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Notis baru diserahkan 15 September lalu

Memetik laporan daripada Astro Awani, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abdul Halim Aman menyatakan notis pengisytiharan harta berkenaan baru sahaja diserahkan kepada Abdul Azeez dan keluarganya pada 15 September lalu.

Justeru, beliau menjelaskan tempoh sebulan yang diberikan kepada bekas Ahli Parlimen Baling itu untuk membuat pengisytiharan harta masih belum berakhir.

“Kita baru serahkan notis hari itu, 15 September bulan ini pun belum habis lagi. Tempoh sebulan yang diberikan kepada mereka untuk membuat pengisytiharan harta masih belum berakhir.
“Notis yang dikeluarkan kepada beliau ketika itu adalah dibawah Seksyen 49 AMLA,”katanya ketika sidang media.
Image from: RCI Tabung Haji: Tempoh sebulan masih berjalan! Abdul Azeez belum isytihar harta -SPRM

Foto: Berita Harian

Beri notis kepada anak-anak

Sebelum ini, Abdul Halim memaklumkan notis sama turut diserahkan kepada ahli keluarga Abdul Azeez termasuk anak-anaknya, selaras dengan peruntukan undang-undang.

Perkembangan itu susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

Image from: RCI Tabung Haji: Tempoh sebulan masih berjalan! Abdul Azeez belum isytihar harta -SPRM

Foto: Utusan Malaysia

Pada 9 September lalu, Abdul Azeez mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas satu pertuduhan menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi TH berkaitan pelaburan bernilai RM193.5 juta dalam Putrajaya Perdana Berhad.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Sumber: Astro Awani (Yasmin Natasha)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved