Razer Basilisk V4 Pro Dengan Sensor 50,000 DPI Dilancarkan Pada Harga Bermula RM699

TechnologyGaming
9 Oct 2026 • 2:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Razer Basilisk V4 Pro Dengan Sensor 50,000 DPI Dilancarkan Pada Harga Bermula RM699

Selepas dua tahun, tetikus untuk gaming Razer Basilisk V4 Pro dilancarkan hari ini dengan pengesanan pergerakan dan klik yang lebih jitu berbanding V3 Pro. Tetikus dilengkapi sensor optikal Focus Pro 50K Gen-3 dengan kejituan sehingga 50,000 DPI yang boleh dilaraskan serta pengesanan sehingga 930 IPS / 90G dan polling rate 8,000Hz.

Image from: Razer Basilisk V4 Pro Dengan Sensor 50,000 DPI Dilancarkan Pada Harga Bermula RM699

Ia hadir dengan 14 butang yang boleh diprogramkan menerusi perisian Razer Synapse. Roda skrol pula mempunyai mod pantas, dengan kesan haptik dan juga untuk kejituan yang boleh ditukar mengikut permainan. Lampu RGB Razer Chroma terdiri daripada 7 zon yang boleh dikustomasi serta boleh memaparkan sehingga 16.8 juta warna.

Sambungan dilakukan menerusi HyperSpeed, Bluetooth 6.2 dan kabel USB. Dalam mod Hyperspeed 1000Hz, bateri boleh bertahan selama 200 jam dan meningkat ke 275 jam dalam mod bluetooth. Di Malaysia Razer Basilisk V4 Pro dijual pada harga RM699 untuk tetikus sahaja atau RM870 dengan dermaga V2 Pro.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved