Razer BlackWidow V4 75 Dilancarkan Dengan Suis Mekanikal Yang Boleh Disesuaikan

TechnologyDigital
18 Aug 2023 • 11:41 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Razer hadir dengan penawaran papan kekunci baharu menerusi BlackWidow V4 75%, sekaligus melengkapkan lagi segmen produk berkenaan. Antara yang menarik mengenai papan kekunci baharu Razer ini adalah dilengkapi suis mekanikal yang boleh disesuaikan.

image is not available

Di mana, pengguna juga boleh bertukar ganti diantara suis 3 – 5 pun untuk lebih penyesuaian. Namun secara lalainya, papan kekunci ini dimuatkan Orange Tactile Mechanical Switches Gen-3 serba baharu dengan kemampuan lebih baik berbanding sebelum ini.

image is not available

Tubuhnya juga kompak dengan bingkai aluminium yang bersaiz 75% daripada papan kekunci bersaiz penuh. Namun masih didatangkan dengan susun atur kekunci penting yang padat termasuklah pad bernombor biasa dan anak panah. Melengkapinya juga adalah dua roda berputar yang boleh diprogramkan bagi tujuan pelbagai fungsi penting khususnya kawalan media.

image is not available

Terdapat juga sokongan lampu RGB juga disertakan dan boleh disesuaikan sepenuhnya melalui Razer Synapse. Seterusnya ia juga ruang meletakkan tapak tangan berwarna serba putih yang boleh dipasang secara magnetik.

Semakan kami menerusi laman Razer Asia, papan kekunci baharu ini ditawarkan pada RM939. Ia boleh didapati dalam dua pilihan warna sama ada hitam atau putih.

image is not available