Razer PC Remote Play telah dilancarkan hari ini dengan ia adalah perkhidmatan yang membolehkan permainan PC distrim terus pada telefon pintar, tablet dan konsol mudah alih Windows. Dengan perkhidmatan ini, permainan video dengan sokongan grafik lebih tinggi boleh dinikmati pada peranti mudah alih dengan perkakasan kurang berkuasa.

PC Remote Play menyokong pelbagai aksesori alat kawalan tetapi direka untuk paling serasi dihgunakan dengan Razer Kishi. Ini membawakan juga sokongan haptik Razer Sensa. Pada iPad, sokongan pad sesentuh dan papan kekunci turut diberikan.
Pelbagai pelancaran permainan PC seperti Steam, Epic Games, dan PC Game Pass turut boleh diakses menggunakan PC Remote Play. Untuk menggunakan perkhidmatan ini anda perlu memiliki peranti dengan sistem operasi PC Remote Play iOS 18, sekurang-kurangnya Android 14, Windows 10 dan Windows 11. Aplikasi Razer PC Remote Play kini boleh dimuat turun hari ini pada peranti-peranti dengan sistem operasi yang disokong.

